Sunday, August 17, 2014

Untuk semua kesempatan.






Tuhan, terima kasih untuk keindahan-keindahan yang telah Kau ciptakan sebelum kami.
Kami memang manusia yang penuh cita-cita, yang tamak. Sepertilah kami bakal hidup seribu tahun lagi.
Berada di tengah-tengah laut mengingatkan bahawa dunia yang kami lalui ini sebenarnya hanyalah beberapa portion sahaja dari alam semesta dan alam syurga.

Tenang dikelilingi ikan.
Tenang,
Sangat tenang.
Tak perlu dengar manusia bertelagah.
Tak perlu ambil tahu kisah manusia yang selalu mahu menang.
Untuk apa mengusutkan kepala dengan perkara dusta.

Tuhan, terima kasih untuk ikan-ikan di pulau redang.
Bintang-bintang yang cemerlang malam itu.
Pokok pokok kelapa dan hammock tempat berangan.
Manusia manusia pulau.
Semuanya terlalu sekejap bagai mimpi.
Tahu-tahu dah nak balik.
Sedih sangat. Sepanjang sejarah hidup, tak pernah sesedih itu. Tapi mungkin bila kita terlalu kasih, terlalu jauh jatuh hati, jadi begitu lah. Berat hati. Susah juga jadi manusia cepat jatuh kasih ni.

Kadang-kadang benci diri sendiri.
Sayang sangat kucing, sampai sedih bila dia pergi.
Lepas tu janji dengan diri sendiri lepas ni jangan sayang dah.
Lepas tu sayang lagi.
Mati.
Sedih lagi.
Sayang lagi.
Pergi.
Sedih lagi.

Begitulah.

Alhamdulillah untuk segala kesempatan.

Beingat, roda berputar. Mesti siap mesti sedia.
I got the feeling, but i don't know what it is.
Nanti, kalau memang itu suratannya, semoga hati sudah dapat terima dan redha.


2 comments:

Anonymous said...

Keindahan2 sebelum kami
Keindahan2 selepas kami.

Beli fon baru ke? Hah

bawahbumi said...

Dan keindahan keindahan sekeliling kami.

Tak. Biarlah.
Seronok jugak takde fon.