"Mungkin tidak ada soalan yang lebih sukar dijawab oleh seorang penulis daripada yang saudara hadapkan kepada saya malam ini: ' mengapa saya menulis'. Demikian jugalah jika soalan ini dihadapkan kepada seorang pelukis, seorang pengukir atau pencipta muzik. Nyaris-nyaris juga saya menghantar perutusan memohon maaf minta dilepaskan dari membuat ceramah yang tajuknya begitu mengerikan. Tetapi apabila saya fikirkan semula, saya sedar maksud saudara dalam memilih tajuk ini : bukan untuk menyeksa seorang penulis yang tidak berdosa, tetapi untuk mengajak bersama-sama meneliti penggerak-penggerak rumit di dasar jiwa yang mendorong proses penciptaan seni. Maka itu saya harus menerima.
Namun bagi soalan umum 'mengapa saudara menulis' saya rasa dapat saya beri jawapan yang benar bagi tiap penulis yang terus menerus menulis. Dia menulis kerana dia tidak boleh berhenti menulis. Kadangkala karya itu baik, kadangkala sederhana, kadangkala tak bermutu langsung; tetapi karya itu tetap melonjak-lonjak, mendesak-desak untuk lahir. Inilah seksa dan inilah nikmat seorang penulis, inilah rahmat dan inilah kutukan, inilah kemestian hidup yang harus ada, kerana bila dia berhenti menulis jiwanya akan mati."
"Saudara ini seorang yang idealis"
"Saudara katalah apa saudara nak kata. Saya tidak begitu gemar bermain dengan istilah-istilah"
"Dan saudara juga seorang yang romantis"
"Semua penyair romantis, dalam erti kata yang seluas-luasnya"
"Semua penyair? Bukan semua penulis?"
"Semua penyair adalah penulis tetapi tidak semua penulis itu penyair. Fahamlah itu. Dan jangan saudara fikir romantis itu soal cinta sahaja"
"Apa yang saudara maksudkan dengan romantis?"
"Kehidupan yang indah. Dan hidup memang indah."
Saya yang tertimbang-timbang mahu meminjam atau tak, terus langsung ambil. Jenuh dialog dekat atas ni. Boleh bikin lemas kalau ada yang cuba-cuba nak bertanya macam-macam macam ni. Panjang lagi dialog dia, dari awal sampai habis berbaur yang sama. Penatlah kalau nak menaip semua!
Dia menulis kerana dia tidak boleh berhenti menulis-
Mendesak-desak untuk lahir-
Inilah rahmat inilah kutukan-
Dan hidup memang indah-
Memang mendesak. Banyak kali juga, setelah tutup lampu, dia datang memaksa kita untuk melahirkan. Bangun balik buka lampu buka laptop. Pukul 1, pukul 2, kadang sampai subuh sebab ianya mengalir laju-laju. Tak usah la berniat berhenti, hati tak akan sudi. Agak menjengkelkan kalau esoknya ada kelas atau klinik. Lebam bawah mata mengalahkan stay up exam. Sampai demam-demam esoknya demi melahirkan. Amboi sangat, tapi serius, memang pernah.
Untuk berdisplin menulis? Terlalu payah permintaan ini. Tapi ada juga yang berjaya. Hai entahlah, agaknya dah memang terbiasa begini.
***
Nak miliki tak tahu nak cari dekat mana.
Potostat can ah?
Bolehla bolehla. *rasa serba salah tapi nak jugak!*
2 comments:
"Dan saudara juga seorang yang romantis"
"Semua penyair romantis, dalam erti kata yang seluas-luasnya"
Angguk angguk angguk.
Bahasa Usman Awang memang selalu 'kena' la. Ringkas je, tapi memang buat kita terdiam.
@Tepianmuara?
Ikutkan hati nak tulis quote balik semua kata-kata beliau. Perasaan dia sama macam baca kenang-kenangan hidup. Walaupun tak sezaman, tapi ada perisa yang sama.
Post a Comment