Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ingin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai, biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?
Ah, sampai sekarang patah-patahnya berdenting dalam hati. Pecahkan saja gelasnya biar ramai, biar mengaduh sampai gaduh. Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih, kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera. Seawal di usia itu rupanya, telah terperangkap dalam dunia aneh itu tanpa sedar. Cuma dia yang lambat tahu.
Kita teruji di titik terpekat hati kita. Pencinta pasti akan teruji dengan cinta. Terpukul terluka terdera dengan cinta. Seolah-olah ada sesuatu yang Tuhan mahu bicarakan, sekaligus amaran, bahawa kamu manusia tak ubah seperti laba-laba di tembok keraton putih. Serajin mana, sebersungguh mana kamu menyulamnya, secantik manapun, semua harapan berupa kebahagiaan itu pasti akan dimusnahi. Oleh mereka yang selalu mengambil kesempatan di atas kasih sayang.
Wahai kekasih Allah Ibrahim,
ajari aku seikhlas apakah cintamu?
Biarlah, biarlah.
Sudah aku katakan dari awal, jika tidak pandai berpenghujung, jangan pandai-pandai memulakan. Lalu aku, lari ke hutan belok ke pantai. Membingitkan otak dengan debur-debur ombak. Melarikan semua perasaan jahat yang cuba menghenyak di malam-malam sebelum mata terpejam.
Esok atau lusa, jangan ditagih tangis di depan mukaku lagi. Pergilah mengadap Tuhan, berdoa semoga yang sedang menelan hatinya mampu memaafkan sebelum kau ke kuburan. Bodoh-bodohnya berani tanpa berfikir adalah sama seperti berlari ke tengah medan perang hanya untuk ditembak mati. Engkaulah, pejuang bodoh yang tak mampu aku tangguhkan waktunya.
Pergi, usah berpaling senyum lagi. Di sini, bukan tamanmu.
2 comments:
Puisi ni memang hantu.
Aku harap ada sambungan yang proper.
Camni, sedih sikit la.
Tapi, bacaan puisi Rangga masih tetap bes.
Kan, sedih banyak. Pendek tu je tapi atleast boleh la terubat hati ni.
Masih power, cuma rambut serabai dia dah hilang. Hu hilang satu identiti misteri.
Post a Comment