Sunday, December 14, 2014

Babak tertangguh I : Airprort UK



Baru-baru ini, adik menyuruh saya menonton Liar Games. Mungkin sebuah siri psikologi entahla (sebab tak tengok habis), dan ceritanya dibuka dengan babak seorang perempuan yang terlalu mudah percayakan manusia asing yang meminta tolong. Manusia asing itu hakikatnya sebenarnya adalah pelakon yang diupah menjadi agen sebuah Tv Show bernama Liar Games.

Ok, tak tengok habis pun. Macam biasa, saya adalah juri yang agak cerewet. Mesti nak kena ada skrip yang bagus tapi real, nak yang wataknya tidak terlalu dibuat buat sempurna, pemainnya ada kemistri, ada filosofi, dan tolong jalan ceritanya tolong jangan lembab sangat. Silap salah satu, saya tutup haha. Jadi dalam Liar Games ni, perempuan tersebut terlalu baik, naif, dan dungu. Sangat menjengkelkan bila ada watak-watak yang ekstrem macam ni, tak kira lah ekstrem baik ke atau ekstrem jahat. Sebab bagi saya, tidak ada manusia yang betul-betul baik dan betul-betul jahat, mungkin suasana takdir atau ada sebab tertentu yang memaksa manusia untuk menjadi sekian sekian.

Teringat diri sendiri yang kadang-kadang naif dan dungu juga. (tak selalu lah, kadang kadang je). Saya harap saya sudah lebih bijak sekarang. Masa tu di airport mana ye, rasanya dekat UK. Ya, dekat UK. Sebab kapal terbang lambat lagi, dan talipon dah nak kehabisan bateri, jadi saya merayau-rayau pergi mencari suis. Siap-siap cucuk, tiba-tiba ada seorang pakcik ni nak pinjam tempat suis saya dan charger saya. Sebelum apa-apa, saya baca dulu air muka dia, scan semua bentuk mata, rambut, jaket dan ketinggian. Manalah tahu kalau nanti jadi apa-apa kan, mungkin ini boleh membantu polis penyiasat. K pengaruh drama kuat sangat. So dengan menggunakan seluruh deria rasa yang ada, saya pun bersetuju.

Mungkin dia ada emergency. Atau kecemasan. Dan lepas dia cucuk henpon dia, dia meminta saya jaga henpon dia. Dia kata dia mahu merokok sebentar. What! Ingatkan emergency sampai tak boleh nak tunggu. Saya tidak kisah pun nak tolong tengok, tapi saya tiba-tiba rasa curiga dan ada sesuatu yang tidak kena. Sebab, dalam banyak-banyak manusia, yang dah berzaman guna charger, kenapa dia pergi kepada saya yang terang-terang baru jeee nak charge. Adakah kerana saya seorang perempuan? Atau kerana tudung yang ada di atas kepala? Atau muka saya nampak sangat warak sehingga dia percaya bulat-bulat macam tu? Ke dia ingat saya ini saint Maria haha. Yang paling logik masa tu, mungkin ini bukan fon dia dan sekejap lagi pasti ada call datang dari pemilik asal fon tersebut.

Tapi segera saya padamkan semua syakwasangka yang bukan-bukan. Buat apa mahu risau yang bukan-bukan, hanya merosakkan hati sahaja. Dengan sabar saya menunggu. Tapi anehnya, lama dia menghilang. Sudahlah rambutnya krinting-krinting dan mukanya bolehlah kalau nak dikategorikan dalam kategori 'wanted'. Dalam otak, dah bermain siri-siri sindiket penipuan yang pernah ditonton. Saya pandang ke atas mencari-cari kalau ada cctv, dan entah-entah saya sedang diperangkap dan kemudian akan dipaksa mengaku telah mencuri sebuah henpon milik orang ternama, dan kemudian masuk penjara, dan kemudian tidak boleh balik Irbid.. Oh-em-jee my brain too much, tapi tak mustahil kan lebih-lebih lagi di airport UK ni yang ada beribu manusia.

Saya sudah tidak boleh duduk diam. Saya berjalan mencari-cari kelibat pakcik itu. Tapi ternyata short term memory saya, sungguh tidak membantu. Saya sebetulnya sudah terlupa mukanya exactly bagaimana. Hahaa! Saya ke ruang orang merokok, tak ada! Saya pulang semula, dan tiba-tiba dia pun muncul!

Ahhh, leganya. Dan sedikit ngeri. Ok takpe, asalkan tuannya dah sampai.

Sebagai mengakhiri drama buatan sendiri hampir satu jam, saya pun berbasa basi dengan dia. Tanya nama dan asal, mahu ke mana. In case, kot-kot lepas ni jadi apa-apa, again. Namanya pelik, jadi saya iakan saja. Asal dari Italy. Jadi sebab saya tak pernah sampai ke sana, perbualan kami terhenti di situ sahaja. Dan segala syakwasangka pun terlerai dengan perginya dia.

***

Apa ya? Saya pun termangu-mangu sendiri memikirkan perkara ini, sebenarnya dalam cerita ini, saya ke yang naif pergi membantu orang tak dikenali, ataupun dia yang naif minta tolong kepada seorang perempuan yang terang-terang 'terrorist'(pakai tudung). Dekat situ i was the only one. Kak Intan dan Sireen di dalam bilik sembahyang, ketiduran agaknya.

Berjalan jauh menemukan kita dengan banyak misteri. Yang datang dan pergi, yang baik hati, yang selalu sudi, mereka tak meminta balasan. Seperti pakcik Italy tadi, berduyun-duyun soalan yang menerpa apa rasionalnya dia percayakan saya, tidak juga saya tahu. Begini kan kehidupan, soalan memang telah banyak. Jawapan tidak sampai-sampai, apa yang boleh kita lakukan hanyalah memeluk kenangan.

Ya, lain kali perlu lebih berhati-hati! Bukan selamanya kita akan menenukan orang yang baik-baik. Hari ini hari kita, esok belum tentu.

Sebetulnya minggu ini saya banyak berpergian dan berpulangan ke sana ke mari. Naik train naik bas. Kehidupan agak random sebulan ini. Jadi, tulisan juga jadi beranak pinak. Haha. Hey, langit dua tiga hari ni sangat cantikkkk! Kenapa bintang semacam meriah, buat parti apa di atas? =)



No comments: