Tuesday, December 09, 2014

Letakkanlah- Lepaskanlah- Biarlah






Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke sungai, maka biarlah sungai itu membawanya terdampar supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.



Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!


***


Mari tampar diri sendiri sebentar kerana terlalu emosional secara tetiba di dua ayat ini. 
The downfall of overfeeling and overempathy. Lepas tu tanya, kau ni dah kenapa?


Jadi, anda rasa anda di mana di dalam cerita luka suka ini? 
Yang dihanyutkankah, yang melepaskankah, yang jatuh cintakah atau yang mempertemukan dua saudara yang saling merindu?

Saya pilih sungai.Yang menjunjung perintah Tuhan. *escapeee*

Aaaangin kencang membawa kauuu ~Noh Salleh


No comments: