Thursday, May 07, 2015

Bagaimana akhirnya saya bekerja.



Setakat dua minggu ni, kerja lagi seronok dari belajar. Ada beberapa sebab:
1- Tak perlu cari patient untuk penuhkan requirement. Ini paling malas sekali, dan biasanya memang tunggu turun dari langit je. Haha lepas tu mula la tunggang terbalik hidup kalau tak ada. Syukur, dah lepas dah zaman annoying tu. Dua tahun jugak lah bersabar. Sekarang ni nak patient jenis apa cakap je semua ada, komfem penuh requirement ha puas hati.
2- Tak ada exam. Jadi, hanya perlu baca yang perlu sahajalah. Baru boleh fokus managemnet for the sake of patients. Segala mak nenek nombor dan teori tak berkaitan boleh campak tepi.
3- Tak ada exam berderet macam kita ni bukan manusia. Tak tahu macam mana boleh survive. Ala ala zombi dah pergi jawab final exam dulu. Alhamdulillah again.


Plus,
Saya tak pernah sangka orang-orang sebaik ini. Sebab bila dengar-dengar kawan yang dah kerja; macam macam juga ceritanya. Jadi, saya expect saya akan mengalami sedikit kejutan budaya akhlak atau apa-apa lah di tempat kerja. Tapi terkejut jugaklah sebab yang saya sangka sangkakan tidak berlaku, tapi malah sebaliknya. Sejak dari induksi, orang pejabat, bos-bos, senior, kawan fydo, DSA, rasanya tak putus-putus orang asing baik yang saya jumpa. (Nak nangis)

Bermula dengan dapat Melaka(bom pertama), kemudian rayuan ke Terengganu. Bila dapat Terengganu, dapat Dungun(bom kedua). Dengan buat muka kesian, akhirnya dapatlah tukar dengan kawan yang dapat Kemaman. Kawan asing yang sama-sama tercarpooling ke Putrajaya nak balik dari induksi, siapa sangka dia dapat Terengganu jugak dan rupanya carpooling itu hanyalah takdir untuk takdir yang ini. Panjang sebenarnya rentetan takdirnya, takpe, taknak cerita kat sini pun. Simpan dalam hati je.

Ok, so pertama kali orang panggil doktor adalah staff staff pejabat lah, orang yang uruskan segala borang kita. 'Dokter dokter, nanti dokter tolong isi borang ni eh, lepastu nak gambar bla bla bla' -- rasa macam errghh tak biasa, macam over je, rasa macam eh tak payahla panggil macam tu hahahaha. Tapi, nak buat macam mana itulah hakikatnya. Lama-lama ok lah, tapi masih rasa macam hey saya budak lagi!

Betul-betul sangat-sangat bersyukur, kerja di kampung sendiri yang tempat kerja cuma 10 minit perjalanan. Keluar awal sikit nak rebut parking depan klinik, rileks rileks je bawak tak ada jam teruk, sampai-sampai boleh layan radio dulu ke lagu klasik ke baca baca buku ke. Tunggu kalau ada patient barulah masuk bilik rawatan. Paling bersyukur, dapat DSA yang superrrr baik, superrr rajin, superrsaia, dan sebenarnya ada takdir yang berlaku terlebih dahulu sebelum takdir kami sama-sama dicampak ke hospital haha. Hmm so I must treat my DSA very well lah she deserves my love ewah!

Habis kerja, biasanya penat tu hilang je bila bukak lagu feveret. Flybaits Kenangan Lalu ke Kau Pergi Jua ke Alleycats ke ha berangan lah sorang-sorang sambil drive, so refreshing! Balik dari kerja je mesti jadi super happpy. Hek, pelik jugak sebenarnya dengan diri sendiri ni. Takpe, kita tengok lagi sebulan macam mana.

Hmm, begitulah yang berlaku, yang saya perasan, semenjak dua menjak ni, banyak betul takdir sementara yang berlaku yang akhirnya membawa kepada takdir terkemudian yang berpanjangan.


Saya tak tahu kalau apa yang saya rasa ini cumalah fatamorgana atau pelangi petang yang bakal hilang. Tapi, saya rasa saya sudah mula jatuh cinta dengan kerja ini (sila nangis sekarang) sebab masa klinikal dulu, ya Allah, Tuhan je yang tahu betapa tak sukanya agenda memenuhkan requirements for the sake of my self. Sangat plastik rasanya.


Dulu, saya selalu merungut acah-acah dekat mak, tak nak kerja, kalau boleh nak jadi suri rumah je. Because i really appreciate moms that doesn't work, they serve their family at the best. Setiap kali cakap macam tu mak mesti marah haha. Mak sangat nak anak perempuan dia belajar tinggi dan bekerja. Dan saya rasa saya tahu kenapa. Thanks mom! Please have fun there, i am right here on track that you once lead =)

Tapi, rasa syukur bukan sekadar alhamdulillah, bukan? Alhamdulillah baru lafaz di lidah, yang lain-lain, hati dan anggota juga perlu turut serta.

Huu nafas panjang. Nikmat itu lebih ujian.

***

Mungkin orang kemaman memang baik-baik kot (kah kah sorry ter-narcissism).





2 comments:

zikri said...

Aku baca tajuk tu dah gelak. Haha

shah said...

rasa macam tak percaya kan. kawan sendiri..

lepas ni boleh lah panggil Dr.ena! :D