Jadinya semalam di waktu malam adalah insomia tak tahu kenapa. Rasanya sebab banyak betul tulisan tulisan terhasil atas angin atas kepala sambil baring. Fikir punya fikir sebab besoknya kerja, terpaksalah tak menulis. Kononnya nak tidur, akhirnya pukul tiga baru tidur hasil layan menganyam ayat berjela jela. Besoknya dengar lecture, pagi masih boleh on, dah sampai tengahari suis pun terbakar. Tak boleh nak bercakap dah maximum energy reached, tak boleh nak buat apa. Orang pergi lunch, kita tidur je dalam pejabat. Sampai balik tak bersembang, betul betul punya maksimum.
Tapi sebab tulisan tu yang semalam, jadi kita tak boleh tulis harini. Dia dah basi.
Kita ada mata. Tapi bukan semua benda kita boleh nampak. Tertutamanya bila tengah ditimpa sesuatu. Jalan yang paling mudah ialah, anggap sahaja anda sebenarnya buta. Segala resah gelisah rasa berat tak mampu terbeban tak daya, butakan sahaja sehingga mata cuma nampak langit, Tuhan dan kebaikan yang berjuta tahun lamanya. Ok, susah gila! Tak apa, nangis dulu. Habis nangis, pandang langit balik. Ulang untuk kali yang ke entah berapa. Lagi dan lagi dan lagi.
Ada beberapa sahabat yang saya tahu sangat sayangkan saya. Hihi. Alhamdulillah terima kasih, nama nama yang tak perlu ditulis. Saya ingat betul setiapnya yang menyentuh jangan risau. Keikhlasan berkasih sayang akan selalu menang insyaAllah. Dan yang tipu tipu sayang pun, kenal juga hahaha.
Lagi seminggu ramadhan. Masih terkenangkan qatayef colek qishtoh honey. Sobbing sangat. Hanya orang orang jordan yang mengerti kerinduan ini haha. Dan Arayes! Arh stresnya teringatkan housemates dan makan dulang bersama sama. Jom jadi housemates lagi.
Saya sepatutnya sudah dewasa. Tapi masih tidak mahu berlagak seperti wanita. Doktor pula tu haish. Masa ceramah, masih selesa bersila di atas kerusi dan bergerak gerak macam cacing kepanasan. Rasanya kalau ada ujian jadi princess ni langsung gagal. Tak larat betul nak cover lenguh satu badan duduk tegak. Bila agaknya baru gaya gaya kedoktoran kewanitaan itu muncul, tolonglah muncul sendiri, malas sangatlah kalau nak kena bina.
Sea games. Yeh!
Oh, timeline penuh dengan jubah graduasi. Tahniah!
Tentang kerjaya. Masih berfikir ke mana hala tuju ijazah ni sebenarnya. A part of me nak buat specialist oral pathologist. A part of me macam takut, agak details and everything. Tapi semua yang lain yang bidang dentistry ni banyaknya involve aesthetics and mechanics which i have no interest at all. Lagi tinggal, patho, forensik, public health. Pedo pun okay jugak sebenarnya. And then a part of me thinking nak buat bisnes perhotelan kah kah so random sebab malas dah nak sains sains bagai. Kalau tak berapa nak skor ni dulu, dah lama dah jadi keeping room punya orang haha. Atau pilihan lain kalau kahwin anak raja, tak nak kerja terus haha.
Dan, sebenarnya tema hidup tak adalah towards successful sangat. Selama ni memang guna tema simple, moderate and survive je. Macam selalu je jeles tengok orang yang ada target nak berjaya dalam hidup ni, how eh mereka? Adakah terlahir begitu haha. Takat dua tiga hari bolehlah towards successful semua tu, lepastu babailah. Software memang coding macam tu agaknya. Yeh blame the software.
Darkest era of mine. Not sure but dramatically survived. If this is a drama, mesti semua orang tinggalkan panggung wayang tu sebab depressed tengok heroin mengarut macam ni haha.
Whatever. To Him we return everthings (every feelings).
1 comment:
so random princess syahiprah
Post a Comment