Kerana setiap segala kejadian, telah ada satu ketetapan baginya. Seperti bumi, bulan dan matahari yang dengan setiap detiknya bergerak dalam garis masing masing, lalu sesekali bertemunya membuatkan cinta gerhana. Seperti itu, jangka hidup telah tertulis, detik dan kadarnya, gerhana lukanya, sinar senyumnya. Dan kita, cumalah manusia, dituliskan jalannya untuk saling merasa.
Untuk itu, sekadarnya.
Luka kita tidak sama, tapi luka adalah luka.
Yang paling utuh telah diajarkan agama.
Siapa yang menaklukan rasanya?
Ataukah rasa menaklukan kita?
Tetamu yang datang di pintu tiba tiba adalah gurunya.
Tidak bersedia tapi pelajaran akan tetap bermula.
Pelajaran bermula dan rupanya dia telah lama sedia.
Begitu, hidup adalah susunan detik yang tepat menurut perkiraan Tuhan.
Tiada tercepat, tiada terlambat. Di detik itu, titik itu.
Barangkali kita jua. Telah lama bersedia. Di balik daun pintu yang engkau kuncikan.
No comments:
Post a Comment