Saturday, October 17, 2015

Duhai jiwa






Kerana kita bertemu, untuk berpisah, dan bertemu lagi
Kerana kita pergi, untuk datang, dan pergi lagi
Kerana kita hidup, untuk mati, dan hidup kembali

Kerana keajaiban itu sering sahaja berlaku, bukan kerana niat kita, bukan pula kerana doa kita yang mustajab, tapi cuma kerana Tuhan telah menuliskan untuk mengizinkan. Indahnya Tuhan, tempat untuk diluahkan segala perasaan. Indahnya Tuhan, selalu ada untuk setiap jatuh bangun tangisan.

"Takpe, dunia sekejap je" Beritahu seorang kawan.
"Benda-benda yang kita tak tahu, kita cuma perlu banyakkan berdoa" Pujuk seseorang.

Dari zaman-berzaman memang beginilah hidup, sentiasa memerlukan kita untuk berjiwa besar. Hm, semoga sahaja jiwa kecil ini mampu membesar dengan baik. Semoga Tuhan selalu mempertemukan kita dengan orang-orang yang baik. Amin.

Mimpi, selalu menjadi tempat pulang untuk sang perindu yang takkan bertemu. Alangkah, jika malam lebih panjang. Ke mana nak dipulangkan hati. Cuma bergayut begini dalam gelap menggantungkan relung hati di awan awan, menghanyut dalam tulisan.



.....

Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

-Sepi
.....

'Cinta tidak datang hanya sekali. Kekecewaan, kehilangan dan kematian bukan lah noktah untuk Cinta'




No comments: