Sunday, March 27, 2016

Mati--sebuah rasa yang hampir sama

Kita melihat dunia dengan kaca mata yang berbeza.


Semalam seekor anak kucing mati dalam pelukan, melihat rohnya ditarik, ada banyak persoalan datang. Aih, rasanya masih ada sisa sisa perasaan yang belum sebetulnya terjawab tentang 'kematian'.

Pagi tu perasan anak kucing tu sangat sangat lemah tidur bawah kereta, saya jenguk ke bawah. Tidur ke mati? Perut masih turun naik. Masih hidup. Tapi bila usik dengan penyapu lidi, tak ada respons. Terus bawa pergi klinik. Doktor kata 50/50. Memang telinga dengan kaki dia dah sejuk. Doktor bagi antiinflammatory. On the way balik, dalam kereta dia pun mati depan mata.

Entahlah. Saya terasaa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Seolahnya saya terlalu mahu menahan kematian dari terjadi.

Saya sepatutnya tidak pergi sejauh itu. Saya sepatutnya menjadi seorang yang lebih dry yang boleh membiarkan kucing yang hampir mati itu mati sahaja.

Again, menulis seputar benda yang sama. Letihnya jadi diri sendiri. Kaca mata yang terlalu berbeza.

Sedang berusaha menjadi sedikit kering dan keras. Macam tak akan berjaya pun, tapi, kita cuba?




No comments: