Saturday, April 02, 2016

.......




Sebegini jauh telah kita tinggalkan zaman kanak-kanak. Sekarang, di fasa fasa ini. Betapa saya berharap jarum jam terhenti sahaja. Jangan maju lagi. Tak terkejar jiwa.

Entah terkadang saya terasa seperti terhukum dengan apa yang saya baca. Seolah-olah saya telah menjadi watak dalam novel tersebut, melalui hidup dan perasaan sendiri sama seperti yang tercetak dalam buku. Dan akhirnya membuatkan saya yang bingung semasa membacanya dulu menjadi lebih mengerti; tentang watak tersebut; tentang perempuan.

Berdoa dan berharap, apa pun itu, semoga Tuhan mengiringi dan merestui.


***

2 jam dating dengan Ateng.
Dewasa betul topik perbualan.
Tak hirau dah meja sebelah.
Makanan pun tak luak.
Penuh emosi bercerita haha.
Teringat dulu selalu buat sembang syawarma.
Huuuuuuu, ni belum jumpa dengan Ain lagi ni.
Mahu berjam-jam pun tak habis.

No comments: