Sunday, June 05, 2016

Kad Warna Ungu




Sampul putih dibukanya.

Baru dua minggu sudah dia menolak hasrat seseorang. Prinsip dia, dia tidak mahu terima kehadiran orang baru demi hanya untuk membungkus kesedihan lamanya. Bukankah tidak adil namanya? Tidak adil untuk orang tersebut. Kalau boleh, biarlah dia terima sebab dia mahu terima. Bukan sebab mahu mengubat luka atau memulih duka atau apa-apa lah. Ah, dasar idealis! Atau mungkin juga kerana dia masih sedang setia menunggu. Entahlah. Mungkin juga dia letih, lantas tidak mahu apa-apa besar terjadi pada hatinya untuk waktu itu.

Perkahwinan bukan benda main-main!

Dan, bila orang-orang menuduhnya memilih, dia jadi sedih. Aishah bukan begitu. Dia tak memilih. Dia cuma, tak rasa boleh dengan orang tu. Aishah tak suka perasaan melukakan hati seseorang, tapi bila tiba bab begini, dia tak boleh biarkan. Kalau bukan dia yang mesti berani berkata tak, siapa lagi! Keluarga dua dua belah kalau boleh memang mahu setuju sahaja. Lagi cepat lagi bagus katanya. Ah! Kalau selama ini dia memang jenis tidak kisah untuk follow the flow, kali ini dia mesti unfollow!

'Jadi perempuan ni, tak boleh memilih sangat'

Kenapa! Kenapa tak boleh memilih. Aishah marah dalam senyum bila ada satu dua manusia yang menasihatinya begitu. Hati dia, hidup dia, biarlah! Esok lusa kalau dah kahwin, sampai ke tua pun aku yang menghadap muka dia, bukannya makcik-makcik tu!

Dan sekarang dia mulai faham kata-kata tadi. Bila kad ungu lembut kepunyaan Jepah berada di tangannya. Jepah, kenapalah tak bagitahu awal-awal. Kenapa mesti lewat kad. Kenapa tak mesej sahaja. Kenapa mesti selepas dia menolak hasrat seseorang. Kenapa dulu kau.... ah! Semput. Kepalanya beku. Aishah terduduk di bangku luar. Urat nafasnya terasa mahu putus. Turun naik dada. Dia dapat rasakan. Matanya sejak daripada tadi belum berkelip. Nama yang tercetak di dalam kad, dia tenung sehingga mahu tembus. Betulkah? Bukan mimpi? Tubuhnya keras seperti kena sampuk. Dia mengucap berkali-kali.

"Akak?" Khadijah, adiknya menegur ketika nampak kakaknya seperti patung membatu dengan kad di tangan.

Refleks Aishah serta merta mengukir senyum penuh hempedu. Khadijah tanpa banyak soal menggapai kad dari tangan kakaknya. Oh!! Terus dia campakkan kad tersebut ke dalam tong cat putih yang berisi daun kering. Tanpa izin dengan selambanya dia menggelek tong tersebut ke belakang untuk upacara pembakaran.

"Dija! Jangan, akak okay" Aishah meminta kad tadi dipulangkan semula.

"Akak, janganla. Biar Dija bakar ye. Dalam hidup akak, tak pernah ada manusia bernama Huzaifah okay!"

Entah kenapa, Aishah sungguh tak larat untuk bertengkar masa tu. Sejurus selepas dia terima kad tu tadi, suaranya berubah jadi perlahan sangat. Separuh ruhnya pergi. Dia cuma mampu melihat kad ungu lembut tersebut perlahan-lahan dimakan api, hangus di bawah timbunan daun daun kering dikerjakan Khadijah. Dia yang tak larat cuma mampu bercangkung di dekat-dekat situ, melihat api menghapuskan semuanya. Melihat Khadijah. Melihat daun. Melihat asap berkepul. Baby Tiger dan Bam-Bam turut hadir semasa upacara tersebut. Alangkah, kalau kenangan juga mampu dibakar begitu sahaja. Takdir apakah ini Tuhan. La haula wala quwwata illa billah. Hatinya menangis.

"Akak...Dija doakan ya. Bukalah hati akak tu untuk orang lain pula. Jiran sebelah rumah kita tu ok apa. Nah"

Khadijah menghadiahkan debu debu abu. Abu dari kad tadi. Aishah tersenyum. Dija.. Dija...

Ya lah. Sekurang-kurangnya dia memang setia. Sekurang-kurangnya Jepah yang memutus untuk pergi, bukan dia. Sekurang-kurangnya Jepah yang menakdirkan cerita mereka begitu, bukan dia. Ya, Jepah yang tidak setia. Dia mungkin akan patah dan remuk untuk sebulan ini, tapi dia tak akan terkilan pada masa hadapan. Bukan salah dia. Dia sudah cuba bersungguh-sungguh untuk setia, tapi Tuhan merancang yang lain.

"Dija, janji tau, ni rahsia"
"Yang mana satu?"
"Upacara bakar kad tadi :)"

Hahahahaha!

"Ok janji! Akak pun, janji jugak"
"Apa?"
"Buka hati untuk orang lain pula"
"Yeeee, baiklah...."

Tapi sebenarnya luka yang ini, amat dalam juga. Dia ingat dia akan sakit cinta macam dalam cerita Ayat Ayat Cinta tu. Rasanya betul-betul macam chest pain orang sakit jantung. Hampirlah, tapi tak. Dia cuma sakit dekat dalam sahaja. Fizikalnya masih sihat alhamdulillah.

Biarlah. Apa pun itu. Semoga dengan ini, membuatkan dia akan lebih pandai menghargai. Hati, elok-eloklah mengemudi. Jangan jatuh tergolek lagi. 


***

Lol. Sad ending.    


 










2 comments:

zikri said...

Hahahaha. Untunglah dah dapat ending. Jepah aishah akan diraikan sebagai suatu perkenalan usia muda.

Masa-masa bersama, kunang-kunang, puisi2 yang tertulis, rasa-rasa yang terlepas ke udara, doa-doa tulus, cukuplah jadi kenangan. Bahawa hidup ada dan akan terus menemukan kita dengan peristiwa.

Moga Aishah dan Jepah bahagia.

Ceh, cakap senang. Luka dalam! Asam garam hidup kot. Tapi powerla Aishah sanggup bakar kad. Aku nak padam msg pun tak sanggup. Agaknya sayang tulisan, lebih dari sayang orang? Atau.

bawahbumi said...

Kannn akhirnya the end! Faham sudah perasaan kau masa tu. Rasa dia memang macam fuhh chest pain pannic attack. Ye Aishah memang power sehari dua je dia luka, lepastu dia okay haha senang terubat. Bahawa hidup bukan cuma yang ini ini, hidup sebenar lebih panjang lebih utama. Semoga ketemu hikmah dalam sabar. Tak mungkin Tuhan berniat menzalimi, so open your eyes and see :)