Showing posts with label REVIVE our SOUL project. Show all posts
Showing posts with label REVIVE our SOUL project. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

ROS [At-Takathur][part 2]







....ayah 2


  حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ...


Hatta zurtumu almaqabir

Until you visit the graves(i.e. till you die).

زُرْ zur-zaara-ziaraa maksudnya dalam bahasa melayu;ziarah.Al-Quran sangat tepat penggunaan kata dia,sebab apa guna ziarah?ziarah ertinya kita pergi berkunjung untuk satu satu tempoh,sementara,dan bukan untuk selamanya.penggunaannya untuk disepadankan dengan maqabir iaitu kubur ;satu tempat persinggahan sementara yang tak kekal,sebelum ke padang mahsyar.jadi penggunaan ziarah lebih sesuai berbanding 'stay' dan pape yang sama waktu dengannya.


أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ



kenapa dalam surah al-'adiyat Allah sebut quboor,bukan maqaabir?beza ke?

maqaabir is just like qubur,maknanya kubur juga.tapi inilah bahasa arab dan inilah Al-Quran.tepat dan teliti ..satu kata,perlu diolah supaya cocok dengan satu sama lain.disebabkan di awalnya kita dah guna zur(ziarah) jadi,untuk melengkapkan ayat mestilah kena ada tempat yang kita ziarah di belakang ayat.

dalam bahasa arab ada sesuatu yang dipanggil isim makaan,(isim=nama)(makaan=tempat).contoh lain macam masjid,mat'am-semuanya tambah mim kat depan untuk menunjukkan itu adalah tempat.spesel untuk tempat.

tapi ada juga pendapat lain.Ash-Shawkani berpendapat maksud ziarah adalah betul-betul ziarah lalu mengambil peringatan,bahawa kita juga satu hari nanti akan mati dan ditempatkan dalam kubur.

jadi,ada dua pendapat :)

di dunia,manusia itu saling berlumba tentang kebanyakan,tidak pernah rasa cukup,sering mahu lebih dalam hal kebendaan,padahal bersedia untuk menghadapi mati itu lebih lebih utama.dan mereka hanya sedar,hanya bila mereka telahpun di alam kubur.nauzubillah.

Wallahu ta3la a3lam.

Tuesday, September 20, 2011

ROS [At-Takathur][part 1]

ROS-Revive Our Soul
TUMPANGTEDUH NEW PROJECT
Sujud
hari ni hari serius.heh.oke.

biasanya bila baca terjemahan dalam Al-Quran yang kita selalu baca tu,sambil lalu je baca dan reaksinya 'oo' macam tu je,tak ada perasaan.lepastu lupa sebab tak diproses sampai ke hati,dia berhenti sampai kat otak je.sebab ianya hanya terjemahan,bukan tafsir sebenarnya.kalau nak tafsir,kena kaji banyak aspek dalam bahasa arab.[baca lanjut]