Sunday, November 30, 2025

Matahari yang kau anggap terik

Matahari mula melimpahkan cahayanya di sebalik tirai putih jernih. Ada hati yang resah, menghitung detik di jam dinding. Dia tidak menunggu apa-apa, jua siapa-siapa. Cuma mindanya terasa berat, ah bukan, mungkin juga hati yang seperti sayu semenjak pagi. Dia tercari-cari sinar matahari yang sememangnya sedang terpancar di luar. Kenapa habanya tidak berjaya menghangatkan sekujur hati yang beku pilu?

Ada hela perlahan yang cuba disembunyikan; entah daripada siapa sedangkan dia sendirian sahaja di rumah. Ditemani bunyi angin kipas yang sesekali menguis lembut pipinya. Ada rindu. Dia cuba menidakkan. Ada cinta. Dia cuba kambuskan. Barang yang lama jangan dikenang kan? Yang sudah pergi jangan ditangiskan kan?

Yang sebenarnya, kita tidaklah melankolis, betul kan? Dia cuba meyakinkan. 

Ya. Kita semua sama. 

Kita cuma demam =P

Musim-musim angin sejuk pilu memilukan.


Friday, February 25, 2022

Resign kerja kerajaan , pasti?

Assalamualaikum. Hai untuk diri sendiri yang dah terlalu lama tidak menulis. Hibernating lama betul haha. Ruru dah tidur, jadi mamanya ada sedikit masa untuk ini. 

***

Tentang kehidupan.

Kehidupan akan selalu datang dengan pelbagai wajah. Kita yakin kita kuat membawa hati, tapi ada tika tikanya yang kita seperti terhempas jatuh tidak larat. Entah kenapa. Kita tahu kekurangan diri, kita tidak bodoh, kita sedayanya mahu berubah tapi bagaimana?

Kenangan silam juga tidak mahu kalah ingin masuk sama memeriahkan fikiran. Adakala tersenyum mengingatkan, ada kala rasa sebal. Tak pasti, tapi sekurangnya kenangan itu kekal pegun begitu tidak lagi dinamik. Hanya dari kejauhan mendoakan yang baik-baik walau kadang hati selalu tertanya-tanya lagi, apa dan kenapa semua itu terjadi.

Sekarang, hidup perlu dinikmati seadanya. Tidak ada apa yang terlalu euphhorik. Tidaklah juga menyedihkan. Ia terlalu sederhana. Begitu kan realiti, tidak seperti yang kita biasa tonton dalam filem dan drama. Terima kasih untuk hati sendiri, kerana telah terbiasa kekal kental. 

Menghitung sehingga detik tamatnya kontrak JPA 10 tahun. Tinggal lagi 3 tahun untuk diusahakan sebaiknya. Mudahan Allah mudahkan semudah-mudahnya dalam jangka masa 3 tahun ini. Cuma mahu habiskan kontrak dan hidup bebas dengan rezeki Allah seadanya. Mudahan Allah cukupkan. Amin, dan mudahan ini lah yang terbaik.

Sepatutnya dalam masa ni, sudah kena rancang nak buat apa selepas resign. Masih lagi berfikir dan berfikir. Tapi masih belum bertemu jawapan. Ikutkan hati, mestilah minat menulis. Tapi apa lah sangat dengan minat tapi tanpa bakat haha hidup tak semudah itu kawan.

Rasanya memang agak pasti untuk resign. Mudahan Allah bagi ilham nak buat sesuatu yang menggembirakan dan juga memberi sedikit pendapatan. Perlahan tapi pasti. Kenapa tak sambung belajar? Ada rasa nak sambung memandangkan memang diri ini minat belajar, tapi untuk menempuh kembali semua momen seperti ujian, viva, tambahan dah kahwin ada anak, akan pjj, tanggungjawab selepas mendapat title pakar, entah kenapa rasa tak mahu semua tu. Mahu hidup sederhana sahaja, biarlah nampak macam suam, asal hati tenang.

Kenapa nak resign? Haa, susah nak cerita. Jujur cakap, lepas habis tahun pertama, terus konfiden tak akan lama dalam gomen haha. Tapi begitulah hidup, terpaksa lah harung sampai 10 tahun sebab belajar dengan biasiswa JPA dulu. Ah, menyesal betul. Kalaulah ambil MARA, habis 3 tahun terus resign rasanya haha.


Tuesday, September 26, 2017

Biarlah

Dull.

26.


Everything's seem so dull.
I try my best to love my workplace.
Fails every time.

My heart can't handle weird people with weird brain.
Weird mechanism.
Weird management.

It took me to whole different level to endure all these 2 years and half.

I wish I could care less.

I know too, I am too different.
Soft, silent, but rebel and sometimes can be too dangerous.
Such an INFJ.

I want my university soul back.
Freedom and artsy.

Bila Tuhan berkata,
maka saat itulah nyata.

Berpegang teguhlah pada Tuhan.
Cuma Dia. Dia lah yang mengatur.

Monday, July 11, 2016

Betapa

Betapa semuanya sungguh fatamorgana
Aku mahu bertanya pada kalian;
dengan obor apa kamu hidup?
Maha hebatnya ujian yang Allah datangkan,
sampai rasanya cuma mahu terbaring sahaja
Satu satu buah hati pergi
Mereka jadi seseorang yang lain
Apa yang tidak kena?
Akukah yang berbeza?
Atau apa?

Monday, July 04, 2016

Entri terakhir sebelum raya

What is more scarier than not having Allah's mercy and guides in every single daily life?

I think I am blessed, er blessing in disguise to be accurate. Indeed, mankinds ni Allah kata memang nak gopoh je, tak pandai nak sabar. Kalau sabar pun sabar sekerat hati, lepastu dah tak sabar. Sedihnya huu. Tapi tak apa, Allah baik. Dia tahu tu, Dia yang cipta :)

Two me. An optimist and a pessimist. Usually a pessimist once a week at midnight, and the rest is rather mild optimist. That day memang pessimist habis. Eh semalam, alah beberapa jam je. Biasalah.

Actually crying is good. That morning waking up feeling newly born.

*

I can't really remember names, If maybe one day I forgot yours, please just forgive me and buat tak tahu je eh? I know I should try to, but lazy. So many moon and stars and galaxies and milkyways and raindrops inside my brain. You? Er somewhere inside a dusty box maybe. Hihi.

*

Malam malam akhir.
Doa doa dan doa.
Ada hidup lebih panjang.

*

Sorry. Writing too much without filters.
Should have. Tapi sebab ianya blog yang sudah lapuk dek zaman, maka ianya adalah sebuah gua yang selamat untuk semua rasa rasa kartun.




Sunday, July 03, 2016

K.

Dekat klinik
Terasa lambatnya hari berlalu
Patient tak ada sangat pun
Kampung halaman melambai lambai
1 hari je lagi kerja hiaargggh


Raya ni bes sebab dapat balik kampung je
Balik ni nak cari air terjun k bye!

Putus


Biar tali putus satu persatu
Biar lagu tak semerdu
Mohon Tuhan
Jangan dua ini Kau putus;
Berkat dan rahmatMu
Andai hilanglah duanya
Alangkah lebih baik
Lenyapkan sajalah aku
dari bumi

Berkati umurku
Berkati umurku
Berkati aku

***

Bagaimana menghapus rindu?
Tuhan,
Ajarkan aku
Bahwa hidup cuma sekelumit
Sadarkan aku
Bahawa ada hidup yang lebih dari hidup
Bahawa ini cuma persinggahan
Bahawa perasaan adalah ujian
Bahawa ibu pergi
Kerana semua akan pergi
Bahawa ibu mati
Kerana semua akan mati

Jika ujian adalah tangan
Sungguh ia kasar
membelai

Mengapa malam,
Mengapa sering seringnya
menjemput rindu ke laman
Belum keringkah lagi air takungnya?

***

Somewhere only we know





Wednesday, June 29, 2016

Orang dulu dulu...

Orang dulu-dulu memang rajin. Tak payah pergi jauh, tengok mak ayah kita cukup. Mak, memang tak payah cakap. Rajinnya macam supersaia. Opah superpowersupersaia. Tua tua dah 80+ masih nak mengemas itu ini. Padahal dah kemas dah. Tak paham. Haha kadang kadang tersengih sendiri tengok opah tak reti duduk diam goyang kaki macam kita. Abah, pencen pencen pun rajin pagi pagi.

Orang dulu-dulu teguh, tabah, cekal, kerja kuat, tak merungut. Sopan santun segala.

Saya cuba tengok diri sendiri dan orang orang sekarang.
Ok---Fail di sini sana masyaAllah. Haha.

Apa ya?
Apa yang tak kena?

Kerana terlalu selesa kah?
Mungkin.

Kita makan benda yang terlalu pelik kah, sampai perangai pun boleh pelik?

Atau berkat itu sudah hilang, seperti tumbangnya pokok pokok? Ego pun menaik sama tinggi dengan bangunan bangunan.

Oh-- entahlah

Atau sebenarnya inilah yang dinamakan hidup yang progresif dan dinamik err. Atau diri sendiri yang berfikiran statik dan konvensional.

Serba serbi kurang kalau nak dibanding dengan orang dulu-dulu.

Sekarang, kalau boleh tak nak dah amalkan merungut. Tang tu dulu lah, tang lain lain, kita cuba perlahan lahan. Heww.

Mari menjadi seperti orang dulu dulu.

***

Kenapa entah selalu suka tengok BMW. Dari kecik lagi suka BM. Sampai sekarang pun suka haha. Kalau tetiba ada BM melintas macam kena pukau. Rasa macam eeeei teruknya kau niiii, dunia! Tapi at the same time tak ada cita cita pun nak jadi kaya ke apa, kalau boleh nak duduk kawasan perkampungan yang indah diam diam tenang tenang tu je.

***

Hidup bukannya panjang sangat. Ambillah yang sederhana. Safe and sound.

Fasa fasa kurang merebel dah sekarang ni alhamdulillah. Haha. Tahun ni mengaji habisan dulu bab bab dewasa dan seangkatan dengannya, berangan dan bertafakur dulu masak masak.. Tahun depan bolehla move on.

Ecey!

Bab berangan memang A++++