Matahari mula melimpahkan cahayanya di sebalik tirai putih jernih. Ada hati yang resah, menghitung detik di jam dinding. Dia tidak menunggu apa-apa, jua siapa-siapa. Cuma mindanya terasa berat, ah bukan, mungkin juga hati yang seperti sayu semenjak pagi. Dia tercari-cari sinar matahari yang sememangnya sedang terpancar di luar. Kenapa habanya tidak berjaya menghangatkan sekujur hati yang beku pilu?
Ada hela perlahan yang cuba disembunyikan; entah daripada siapa sedangkan dia sendirian sahaja di rumah. Ditemani bunyi angin kipas yang sesekali menguis lembut pipinya. Ada rindu. Dia cuba menidakkan. Ada cinta. Dia cuba kambuskan. Barang yang lama jangan dikenang kan? Yang sudah pergi jangan ditangiskan kan?
Yang sebenarnya, kita tidaklah melankolis, betul kan? Dia cuba meyakinkan.
Ya. Kita semua sama.
Kita cuma demam =P
Musim-musim angin sejuk pilu memilukan.
No comments:
Post a Comment