Tuesday, December 25, 2012

Tengkujuh.

bila hitung,
makin terasa lamanya.

bila ukur,
makin terasa jauhnya.

bila nampak,
panas kelopak mata.

cepat-cepat tadah hati,
doa.

setahun lalu.disember lalu.berita itu.sebelum berangkat.
langit Liverpool cedera.cedera parah,hujan membuak-buak.jaket basah.

ajaib bila dikenang.entah kuasa apa,setahun telah berlalu.dia selamat.
dia selamat.
Tuhan,rindunya..



mak.

entah mampu entah tidak
jadi anak perempuan yang baik.

untuk semua yang telah mak korbankan.
untuk semua yang telah abah berikan.

untuk semua kesabaran yang bukan setahun dua.
moga Allah gantikan ia dengan sebaik-baik gantian.

rindu.rindu.rindu.

tengkujuh di timur,
laut bergelora,
anakmu rindu,
tidur terjaga.

meyow.



No comments: