Monday, March 24, 2014

Berjuta rasa..


Kita yang ada berjuta rasa ini
kenapa terlalu kedekut untuk dicurahkan
walau sedikit kepada yang tercinta.

Kita yang ada berjuta rasa ini
kenapa selalu diam mulut berkunci
sayang diperlakukannya seperti benci.

Kita yang ada berjuta rasa ini
kenapa lama dibiar simpan sendiri
sedang jalan sudah pun diberi

Tak sepatutnya kita berada di atas garis masa yang sama,
Tak sepatutnya kita bertemu kalau beginilah pengakhirannya
Dari dulu, kita tak sepatutnya bertemu.

Tentang kita, aku lebih belajar untuk membiar pergi benda yang paling tidak mahu aku lepaskan. Melihat kau pergi dengan lopak air mata yang tak tertahan. Kabur-kabur dan samar-samar melihat senyum lambai. Saat itu tidak ada jantung yang berdetak, tidak ada nafas ditarik, tidak ada waktu yang berdetik, hanya aku dan kau di satu lapangan asing dengan jarak yang semakin lama semakin jauh.

Mungkinlah, Tuhan menyayangi kita.
Perlahan-lahan sudah ditarik pergi, masih, sakitnya masih terlalu.

Semoga aman di sana.
Semoga tenang di sini.

..yang dibiar tak terungkap adalah sebenar kesakitan

No comments: