Wednesday, November 26, 2014

Bitter Realist.


Oh, ini lah kehidupan.

Buku, adalah sesuatu yang sungguh ideal. Dan, untuk orang yang seperti saya yang percaya pada buku, kehidupan telah memaksa kita untuk menerima perubahan biarpun ianya tidak tepat. Seperti inilah; dari buku kita ke alam klinikal, dan dari alam klinikal kita menginjak ke alam kerjaya.

Setelah mengalami beberapa siri saringan ini, ternyata dari apa yang kita percaya di dalam buku, tidak semua kita boleh aplikasikan. Adakalanya, kedegilan untuk berbuat demikian hanya mengundang caci atau paling kurang bisik-bisik kurang enak. Dan paling teruk, kita dikatakan memandai-mandai dan cuba membawa ajaran baru. Oh wahai, padahal buku itu tidaklah terlalu baru.

Begitu, sebagai orang yang baru mengenal hidup, kita akhirnya akur dan buat sahaja asalkan gaji masuk, di samping bercita-cita untuk menghapuskan semua manusia yang malas membaca.

Hey Malaysia, ingat antibiotik tu air masak ke?

Pesan pujangga 'common practice is not always right'. Seperti menggoreng ikan di dalam kuali minyak penuh, katanya (kata orang orang tua) ikan tersebut wajib digoreng begitu, kalau tak, tak sedap. Lalu, datanglah si menantu dan gorenglah dia ikan tersebut di dalam pan dengan minyak sedikit. Apakah yang akan berlaku kepada menantu itu? Ha, boleh sambung sendiri ikut citarasa masing-masing.

Tidak semua orang mahu bergerak seiring ilmu, lalu kita tidak punya pilihan, selain berasa kasihan pada mereka yang masih percaya pada benda tahyul khurafat.

Fuuu. Jauh betul analogi goreng ikan, pasal antibiotik je pun.

Sekarang bitter realist, tunggu nanti, dalam masa beberapa tahun dia akan bertukar jadi better realist.


No comments: