Saturday, May 07, 2011

for a beginner like me

Assalamualikum,salam sejahtera.
semua benda payah untuk sebuah permulaan.lets say,dulu masa kita baru belajar addmath,kita blank[ow tak?haiyelah saya sorang je blurr simbol pelik-pelik,orang lain semua pandai -.-].tapi lama-lama,lepas sebulan dua kita mula rasa sedikit seronok bila dapat jawab dengan betul.

i guess this is the start.for me.maybe(?)
permulaan yang penuh keserabutan,penuh kerisauan.
untuk orang lain,mungkin sudah di pertengahan.
ada juga yang dah nak sampai ke garisan penamat.
dan sekarang,tidaklah seteguh mana.tengah cari kekuatan

harapnya hati ini tidaklah sekecil mana.walaupun mungkin ia memang kecil tapi tolonglah membesar,untuk sebuah permulaan yang ini.

saya cuba bayangkan saya pergi ke angkasa,dan melihat bumi dari sana.apa yang saya nampak, hanyalah sebutir debu yang sekali jentik sahaja sudah goyang.juga nampak,manusia-manusia seperti semut lagaknya;seperti saya ini;menyibukkan diri sendiri dengan hal yang tidak tentu hala.macam game the sims,hidup tanpa makna.

tapi andai hidup berTuhan,sekecil-kecil benda yang kita lalu pun terselit rasa indah.akidah adalah core dia.dulu,dekat sekolah ada belajar subjek akidah.tapi rasa macam belum cukup,dan masa tu belajar kerana kena belajar.bila dah besar ni ha,barulah nampak pentingnya belajar akidah dulu sekali dengan faham.

yang ada ini sudah peluang.masa depan boleh difikir,diplan,tapi jangan terlalu yakin.
status isteri entah kita sempat entah tidak.
status ibu entah kita sempat entah tidak.
status tua entah kita sempat entah tidak.
syarat ajal bukan tua,muda belia pun boleh jika Allah dah takdirkan begitu.

jadi,status apa yang tengah kita pegang.saya sebagai seorang islam,seorang anak,seorang kakak,seorang pelajar,seorang kawan.terlaksana dengan baik kah?masing-masing korek,masing-masing tahu sejarah diri.dan,hidup bukannya teori semata,tapi lebih perlu kepada praktikal ye ainaa,stresskan nama sendiri biar bukak hati bukak mata ni.wallahu ta3ala a3lam.

this coming 3 weeks is final exam for 2nd semester.
segala imu langit dan dibumi tidak lain hanyalah milik Allah.Dia yang memilih,Dia yang memberi.Dia yang memperkenankan permintaan,maka,mintalah pada Dia.niatkan yang baik-baik. :)

No comments: