Tuesday, May 03, 2011

we choose

assalamualaikum.

sekarang,suhu dah macam malaysia.legaaaa fuh fuh.sudah tidak perlu bermati-matian memanaskan badan,maklumlah bila sejuk sejuk,dengan hirom yang gebu,enak benar untuk ketiduran.dah,bahasa apa pulak macam indonesia bunyiknya.4 musim memang best,sekarang musim bunga.tapi bunga dekat sini takdelah voke sangat,tapi cukupla buat menyejuk mata memandang.dekat malaysia,jenuh bubuh baja bunga nak suruh dia berbunga,macam kes dera pokok.sini,dekat celah-celah semak samun pun banyak.itulah bezanya.

rumah dekat malaysia ada laman.pokok buah abah punya kerja.pokok bunga emak punya.kucing kitorang punya.oleh kerana itu,adalah sesuatu yang amat membosankan bila berumah tanpa ada laman.duduk bertapa je dalam bilik buat benda yang sama adalah menyeksakan.takpelah ye ainaa,tak lama pun,nanti grade ler.[tak lama la sangattt]

sedangkan sel-sel dekat gigi pun pandai turn over[baca:bina sel baru],kita ni tak reti-reti ke nak turn over iman.hurm,akal Allah bagi ni bukan sesaje,kalau sekadar guna bila nak jawab exam je,baik jadi robot je.latih akal supaya fikir dalam-dalam,maksudnya bila belajar benda baru,kaitkan dengan sesuatu apa-apa la yang boleh buat manfaat dekat kita ke,dekat orang lain ke,bukan takat masa exam je.kalau sekadar untuk exam,tak ada fun.proses pembelajaran sepatutnya merangsang sel otak[macam iklan susu bayi bunyiknya],bukannya merencatkan apatah lagi melayukan hati.

celah-celah benda yang kita duk dengar-dengar sampai sengguk sengguk dalam lecture hall tu,ada je the hidden one yang boleh dijadikan bekal akhirat,depends on the eye of the beholder lah nak treat bendalah semua ni macam mana.belajar boleh jadi benda yang paling membosannnnnnnnkan,boleh jugak jadi benda yang men-triggerkannnnnnnn hormon seronok,we choose =)

tapi,nak buat macam mana,dah sistem manusia zaman kita ni,menentukan kecerdasan akal dengan exam.padahal,39.99% je pun.ilmu ni luas maha suci Allah.digali gali pun takkan habis.kalau nak diikutkan,nak je rebel sistem exam ni.tapi,takde kuasa la pulak.tunggu jadi bini menteri pelajaran je,lain setel :D bukanlah tak ada benefit langsung sistem ni,tapi secara tak langsung mendidik diri ini belajar hanya bila adanya exam.sudahnya,saya terikut sekali.bayangkan dari kecil sampai lah umur sekarang ni 20,benda yang secara azalinya kita menyampah,bila disua,disua dan disua,akhirnya terpengaruh jugak.last-last jadi perangai,last last jadi tabiat,last last jadi manusia yang apabila tiada exam,maka tiada ilmu yang dirasakan perlu untuk digali.yang ni memang tak reka,tapi yang berlaku dekat diri sendiri.dan,ianya sangat bahaya.maybe,kesan dia bukan sekarang,tapi dah tua nanti,bila dah kerja nanti.thats why pentingnya bagi core yang betul dekat anak-anak,didik supaya mereka suka true knowledges,bukan buku teks.thanks dekat abah & mak.core dah betul,cuma yang lain tu sendiri ingat la kan,dah besar.

ops,panjang.apa-apapun Allah lebih tahu dari apa yang kita tahu,mana betul mana salah,mana baik mana buruk.kita sebagai hamba Dia,kena berikhtiar untuk yang terbaik.oke dah babai.bissalam.

No comments: