huwa.emosi terlebih,rasa macam baru boleh bernafas.ehe,metafora.selama ni bernafas je.
macam mana agaknya perasaan kalau baru selesai paper last untuk FINAL year.ohooo,tak dapat dibayangkan.tadi pun dah beremosi lepas habis exam.ni baru 2nd sem 2nd year.nak sampai 5th year,banyak tangga lagi nak kena panjat.balik ni kumpul tenaga cukup-cukup.
derita boleh tahan zaman belajar.tapi budak medik masih strugle lagi untuk esok,didoakan selamat semuanya!semoga Allah lapangkan hati kalian :)
radio iluvislam boleh tahan jugak lagu & iklan dia.nak gelak je dengar iklan pakai talipinggang keledar.lagu pun baru-baru,lagu internasional,band indon pun adeeee,kalau nak banding dengan ikim lagu hak tule je,macam mana orang tak bosan.tapi tak tahu la,kot-kot selama tak balik malaysia ni,dah ada pembaikpulihan.tapi still ada lagu lama-lama macam raihan yang masih tak gagal menjentik hati directly.berkenaan deejay iluvislam,urm boleh dilatih lagi,masih beginer.ada yang tak berapa nak fluent.anyway,takde masalah pun.keseluruhannya,mantap untuk sebuah permulaan.
nasyid ni bahasa arab.makna dia lagu jugak.cuma kita selalu refer kepada lagu genre islamik.takde masalah pun,hanya masalah bahasa vs adat kebiasaan sesebuah masyarakat.nasyid ni biasanya,orang cakap bosan.erm,boleh la.tak semestinya kalau tak dengar nasyid,tak ada iman.adatnya,bagi orang melayu nasyid ni lagu melayu yang pakai kopiah,diri tegak,gerak tangan je.kalau tak pakai macam tu,terus kutuk.'apelah bertanding untuk nasyid,tapi pakai baju biasa-biasa je'.ataupun 'camni nasyid?'
isk personally,saya tak setuju pendapat macam tu.salah ke pakai baju biasa-biasa je,tapi masih bawa lagu yang bermakna.lagu orang putih,jepun,korea pun banyak je yang bermakna,even diorang bukan islam.tema-tema kemanusiaan,kehidupan,kedamaian.kalau kita suka,orang lain tak suka,tak semestinya HANYA kita je yang betul dan mereka salah.dua-dua benda harus,tengok kearah mana halanya benda tu dan bagaimana caranya.
kalau kita asyik fikir cara kita je betul,itu satu kesalahan.
eh,ni sekadar pendapat.bagus bila dah ada beberapa radio islam naik,baru ada persaingan.
http://radio.iluvislam.com/radio/iliradio-wmp.php [dengar sini]
tapi,kalau nak dengar batu batuan bergolek(rock n roll?) dentam dentum,memang bukan chanel ni.sila cuba frequency lain yer.
ada satu lagi tu,nasyid fm tak silap.cuba la google,tapi dia punya chanel tersekat-sekat biasanya.
peh,first time tulis secara normal.ni semua gara-gara........
No comments:
Post a Comment