"akak,meow takde pon hitam-hitam kat gigi,dia tak gosok gigi pun"
hsss!takde plak doktor ajar dalam kelas.masaalah.
"dia tak makan gula-gula macam adik"-teori sendiri.
tapi kucing makan nasi macam kita jugak.ada kabohydrat.nasib tak kena bang balik dengan soalan camtu.pelik ni pelik.ke air liur dia lain dari kita,takkan jadi asid(mungkin?).oke,tak tahu.
kena gigit nyamuk :(
terlupa padang kat malaysia ada kemuncuk :(
ramai tak tahu,sebenarnya gigi kekal pertama yang tumbuh bukan gigi depan,tapi gigi ke-6.cuba kira dari tengah.ha,yang nombor 6 dari tengah.gigi tu tumbuh tanpa ada gigi susu sebelum dia sebab gigi susu ada 5 batang je dari tengah.so,dia tumbuh senyap-senyap.berlagak sikit pergi cerita kat adik-adik keh keh.dalam exam,harem betul soalan kira umur berpandukan gambar gigi.
tapi mak mak bapak bapak biasanya tak sedar bila gigi ni tumbuh.biasanya umur 6 tahun dah wujud gigi ni.macam kita la,lepas belajar baru tahu.kalau tak,takdenye nak tahu gigi mana tumbuh dulu.
jadi,kebarangkalian gigi ni nak dapat caries lebih tinggi.tak caye cuba pi tengok gigi sendiri,atau gigi adik ke sape sape la yang gigi dia dah penuh,gigi ke-6 ni mesti lagi teruk berbanding gigi lain.sebab?sebab bila tumbuh dulu,so gigi ni paling tua.paling lama berkhidmat.
okeng,itu saje pasal gigi.
kongsi sikit-sikit pun jadi la.
cuti-cuti ni beku sikit otak kalau biar lelame.
selamat.
No comments:
Post a Comment