melihat manusia di pasar,menjual ikan.
kita akan rasa sesuatu dalam hati,payahnya untuk mencari rezeki.
wajah pun sudah malap dibaham mentari,cekalnya terlakar di raut.
aku mengekor sahaja kelibat mak dari belakang.
semoga hidup mereka diulit manis,walau mungkin zahirnya perih,siapa tahu?
dari kita,yang selalu dapat apa yang kita mahukan dengan mudah,manisnya pasti tak sama.
aku berjalan lagi.kali ini ke bazar,atau pasar petang.pada mata aku,
berniaga memang payah.sedang aku melihat-lihat kuih apa yang berkenan di hati,aku terdengar pelanggan mengomen macam-macam depan kuih yang dijual,
terus mata mendarat di raut muka si penjual;
tak berkecil hatikah dia?kalaupun tidak suka,janganlah bersura di depan mereka.
tapi dari tadi,dia bersahaja menepis-nepis lalat-lalat.
aku pula yang rasa hati dirobek-robek.mungkin juga dia sudah lali begitu.
tapi manusia kaya masih lagi kikir.sudahlah,menghulur sedekah pun tidak mahu,membeli dari mereka juga masih mahu berkira-kira.apalah sangat seringgit dua yang melayang dari beribu didalam simpanan.bukankah pada rezeki si kaya itu,ada bahagiannya untuk orang lain.
selalu aku lihat yang kaya takut miskin,sepertilah yang kaya takut anak ramai.dua tiga cukuplah,nanti botak kepala katanya.mahu dibawa kemanalah harta,ke kuburan?
manakala yang miskin,anak itu dianggap rezeki.langsung tidak takut harta berkurang.dia hidup sekadarnya,seadanya,sebahagianya tanpa rasa beban.
perihal hidup ini perihal memberi dan menerima.
jika rasa berkemampuan tang ilmu,memberilah
atau mungkin mampu dari segi material atau tenaga,jangan berkira.
yang hilang akan berganti dengan yang lebih baik.inshaAllah.
perihal ini,kurang berkesempatan untuk dihayati di Jordan.semua mahu cepat-cepat,sampai terlupa menghayati sekitarnya.cuti,ruang terbaik untuk mengutip balik cerita-cerita biasa,tapi masih ada nilainya yang buat aku melayang-layang memikirkan;bahawa hidup ini tak akan semuanya indah.lopak-lopak dan lubang-lubanglah yang buat kita tersentak lalu jaga semula.
semoga kita bukan tergolong dari mereka yang kikir atau boros |
ditulis untuk dibaca pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment