Thursday, July 07, 2011

hanya sebab rasa,mungkin mengundang dosa

sini tanahnya kering,buminya cokelat.
sinun pula tanahnya lembab,buminya hijau.dan juga banyak siput babi dan katak.
maka,semestinya yang kering ini lebih menguji.
yang warma warni akan dirindui.

aku,sekejap kering sekejap lembab ni,mula rasa nak menggila.
bukan gila yang itu,tapi rasa pening lalat.
padahal,dua-dua pun patut dicintai
mereka Allah cipta,jangan pilih kasih hanya kerana hati kata suka

ya,kita ada rasa.fitrah,tapi jangan angkuh dengan alasan fitrah.
belajar untuk suka apa yang ada.belajar juga untuk tidak kemaruk bila tak punya.
aturan Dia takkan serupa dengan kita,
kita ni akal sejengkal,Dia mengatasi seisi masa yang ada

tidak perlu berlagak bijak sebegitu depan Tuhan.

ditulis untuk dibaca pada masa hadapan,saat mungkin bila hati ini kian menjunam,dan jantung tak berdegup dengan sempurna.bila tawa jadi lara.

No comments: