Sunday, July 10, 2011

kuasa dan harta,macam dadah

takde nak expect lebih-lebih pasal Malaysia,memang pengakhiran yang semua jangka.kalau hero mesti tak mati kan.ha,macam tu la.
 
definitely,kuasa bukan benda senang.kalau dah kitaran dia main busuk,takde sorang pun yang boleh terkecuali.sebab itu dunia politik adalah dunia kitaran.kau pegang rahsia aku.aku pegang rahsia kau.dua-dua tak berani lebih-lebih.aku dapat duit poket,kau pun sama.jadi,diam,tutup mulut,tutup mata.

dari yang paling atas,sampai paling bawah.makin besar,makin banyak la habuan dia naik pangkat.lepastu,nak lagi,nak lagi.dah berapa banyak drama politik dah tengok,memang macam tu laaa.belum novel politik lagi,lagi pening sampai nak muntah.sampai tak tahu mana betul mana salah,kadang bunga tahi ayam pun boleh jadi bunga tulip yang anggun dalam kaca.ces.

betul atau salah,kita takkan dapat tahu semuanya.lainlah kalau jadi agent spy 24jam.
tapi yang penting,fikir betul-betul,gali dalam-dalam pakai ilmu.
jangan anggap semua orang tulus dan suci,orang sekarang bertindak atas kepentingan peribadi. 
dunia memang permainan yang menakutkan,kena tipu depan mata je
nak salahkan siapa?

tunggu sejarah nak flip over je.the end of story.
takkan melayu hilang di dunia ye hang tuah?

saya dapat rasa kesan politik dari kecik
satunya sebab duduk kat terengganu,negeri hot kalau pilihanraya
satu lagi,sekolah private,sekolah islam umph tahu je la sampai nak kena tutup bagai
banyak benda jadi,mungkin dari situ saya rasa untuk tahu situasi semasa amatlah penting

bukan untuk dibanggakan pun tahu isu semasa.cuma,untuk kita juga satu hari nanti.tak nafi la,semua ada pendapat masing-masing.suka nak tahu pendapat-pendapat.different flags?its okay,our backgrounds are'nt the same though.well,grown up thinking and having our own stands at this age,it's awesome isnt it.keep the track.satu benda yang bermanfaat,atleast bukan doktor nerd yang hanya baca buku medicine.tapi still,priority is priority.habiskan apa yang patut dulu.

Dr.Mahathir,masa zaman belajar beliau dah banyak tahu pasal politik negara.
memang bukan macam kita la,yang main angkat je berita-berita entah ceruk mana.
memang serata dunia kenal beliau,terbaik!banyak berjasa,bangunkan Malaysia yang dulunya takde pape.
genius one.tapi beberapa siri pindaan AUKU tu google sendiri la,malas tulis.

tapi kita janganlah kutuk mengutuk pulak,kata si gemok la,big mama la kat datin Rosmah.Islam tak ajar pun,kita panggil-panggil orang camtu.tak baik.kadang,terkedu jugak kata penyokong kuat agama,tapi bahasa bukan main 'lawa' pakai.macam mana tu,marah berpandukan nafsu ke apa.

oke,oke dah.point dia jangan berhenti berfikir,tuje :D punya panjang esei.
selamat malam!

No comments: