Tuesday, July 12, 2011

loffy tersesat

bmw x5 versi hitam dipacu laju,membelah suasana dingin.seekor kucing bernama Loffy sedang dalam perjalanan untuk ke rumah sahabat lamanya semasa di jordan dahulu.
'peh,dah nak kahwin rupanya si Melly ni'.
alamat rumah Melly dibaca berkali-kali pada kad jemputan walimah itu.semerbak wangi bukan main!bau ikan salamon.ni mesti tok laki berharta ni,har har har[loffy gelak kerana tengah jeles :) ]

dia turut memasang angan-angan,walimahnya nanti harus ada bau ikan juga.harus!tapi,ikan sardin dalam tin pun jadilah,asal ada sikit harumnya.keh keh keh.tiba-tiba kakinya menekan brek yang kuat,setelah mengelamun sebentar tadi,feeling dia ada rasa lain sikit.eh,mana pulak signboard ala ke jasin ni,tadi elok ada je.ah sudah!ekornya meremang tegak.

takpelah,try telefon adik Melly,kalau telefon Melly sah-sah tak angkat.kring..kring...
-hello?ha ni Goeslow ke,adik Melly kan?
+ ye ye,ni sape?
-ni kawan Mely,panggil kak Fiy je,camne jalan nak ke rumah...bla bla meow meow meow
+akak masuk kanan,ambil kiri,pusing roundabout pukul 3,nampak jalan kecik belah kanan,ambik stret sampai masuk kebun manggis,meow meow meowmeow
-pehh,banyak gila!oke,oke,mekaceh!

malangnya,sampai ke tengah malam still tak sampai-sampai.
dia ambil keputusan untuk pergi bertanya ke balai polis.
menitik air mata dia dengar,rupanya dia dah salah masuk simpang dari awal.
dengan penuh keazaman,dia mengesat air mata di tubir,dan meneruskan perjalanan.

itulah,simpang biar betul.
walaupun kereta tercanggih sekali pun,tapi tak ada guidance tak guna jugak.
kita akan sentiasa buat silap,harus ada sesorang di sisi untuk tegur.

heh,walaubagaimanapun,walimahnya hari esok.cuma dia terlepas acara berinai sahaja.legaaaa.
tersenyum gembira dia dapat bergambar kenang-kenangan bersama Melly.
'okayy,posing posing semua.say cheeeese',kata photographer tersebut.
'cheeeeeeeeeeeeesssseeeeeee' nampak habis semua gigi taring.

No comments: