Friday, August 12, 2011

ais

menulis lagi.kenapa?kenapa banyak sangat idea bila jasad ada kat jordan.kenapa,kenapa..aaaa,kalau nak muntah baca tulisan tulisan kat sini,cepat cepat tekan pangkah.

maaf,ini bukan entry air batu campur.

pernah satu masa dulu,dimana ianya adalah ketika zaman jepun,saya didatangi dengan banyak pilihan dimana tiap satu keputusan yang bakal dibuat,saya akan menghancurkan seseorang yang saya sayang.memandangkan semuanya saya sayang,kepala jadi bingung,sehingga terbawa bawa dalam solat.tunggang langgang surah yang dibaca,ayat lazim boleh lupa,doa yang biasanya mengalir bak air,terputus tiba-tiba.dan,pasti kesayuan suara itu cuba disembunyikan.

jika pilih untuk keluar,bimbang diserang komunis.
jika pilih untuk selamatkan kekasih hati di rumah sebelah,bimbang yang di rumah terbunuh.
jika pilih untuk tetap di rumah,yang di sana bagaimana?
A,B,C tiga tiga bingung.cuba untuk memilih D,tapi D nya tiada.begitulah kiranya.

lalu,antara banyak pilihan,saya lebih senang jadi ais.keras membatu.lalu,saya mendiam di tempat asal,tidak bergerak walau seinci.walau tak bergerak,tetap rasanya penat,aneh?tak aneh,sakit perasaan lebih hebat,tau.
jadi,buat ketika ini saya adalah puteri ais yang sedang hybernate.membiarkan detik berjalan mengikut putaran planet bumi.membiarkan semuanya bergerak tanpa diri ini.

bilang pak opick,tiada duka yang abadi di dunia,tiada sepi merantaimu selamanya.

takut kalau tersalah pilih,saya akan menyalahkan diri sendiri.menghukum sepanjang panjang usia.takut,ianya berhantu,mengagah ngagah di belakang perjalanan.kerana akal ini senipis belahan rambut,kerana itulah,serba tidak tahu,bagaimana yang terbaik.

*frozen*

3 comments:

yui said...

buat pilihan yang kalau jadi apapun selepas tu, kita sendiri tak menyesal..

people akan terima..selalunyalah


followed 89th

Anonymous said...

baik berusaha buat something instead of jadi ice. if menyesal pon kite puas...

but,u know the situation best more than me.

bawahbumi said...

@yui92

tula masalahnya,takut menyesal esokan.btw,welkem!ambik yang baik =)

@anon

yes,and the situation is not as simple as that a,b,c,d