magic wand.selalu,kita mengimpikan untuk memiliki tongkat sakti.boleh bermantera sesuka hati bila diganggu makhluk perosak,boleh terbang tinggi dengan sayap indah,boleh menyelamatkan manusia yang lemah.dan hidup menjadi selamanya indah.tapi,tidak mungkinlah dunia itu menjadi milik kita.itu dunia fairy tale.
jangan sedih,di dunia nyata juga,telah Allah bekalkan magic wand untuk kita. rugilah kalau mukjizat maha agung itu tidak dibawa kemana-mana.cuba bayangkan andai kita punya sebatang tongkat sakti,dah tentu kita mahu bawanya kemana-mana,sebagai langkah berjaga-jaga bila keluar rumah.andaikata musuh tiba tiba menyerang,terus kita teringatkan tongkat sakti kita,lalu keluarkan dan berteriak hiyaaaarkk,bertukarlah engkau menjadi seekor ikan kaloi bla bla bla.
musuh kita 24 jam kot kacau kita,syaitan nafsu emosi.*sigh* penat lawan.
jangan sekadar memandang Al-Quran hanya sebagai huruf huruf arab,pandanglah ia sebagai sahabat yang setiap bicaranya bicara yang berniat menasihat dan mengingat. berdakap dakaplah dengan dia,bawalah dia ke mana-mana,insyaAllah di alam yang satu lagi,dia akan datang berdakap dakap dengan kita dan menemani kita pula saat gelisah menunggu giliran nama dipanggil.
yang satu ini lah,yang kita selalu terlupa kan.
Al-Quran bukan sekadar lembaran,tapi pedoman.bukan sekadar hafalan di mulut,tapi kesannya di hati.jadi, mengapa bersusah susah menagih perhatian manusia,Al-Quran mampu menjadi teman yang paling setia dunia dan akhirat.kombo terus.
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”
(Riwayat Bukhari)
(Riwayat Bukhari)
bagaimana ia boleh mendidik hati,andai isinya tidak difahami,dah terang tang tang bukan orang arab kita ni ,oleh yang demikian,harussslah untuk baca maknanya sekali ye.jangan nak ngelat sangat.
nah sekarang, cuba selak satu surah yang anda suka,kemudian tenggelamkan diri dalam makna-maknanya. dia sedang bicara,kita cuma perlu sediakan hati untuk mendengar , selamat ! selamat untuk diri yang menulis juga,besok besok ingatkan saya pula ! manusia itu sifatnya lupa.hihu,bye3.
No comments:
Post a Comment