Wednesday, March 07, 2012

manis itu macamana ?

bila kita rasa Allah tu dekat je dengan kita,ada satu perasaan halus menyelinap masuk memenuhi ruang hati.halus je,rasa selamat walau tak ada siapa teman di sebelah.maha hebat dan maha halus Dia mecipta satu makhluk seni yang bernama perasaan,tak mampu kita nak ungkap dengan tulisan,dengan kata-kata.manusia mengetahuinya dengan merasakannya sendiri.

macam gula.cuba terangkan macam mana ya manis gula tu,sifatnya macam mana?kita tak dapat terangkan bagaimana,cuma apa yang kita nampak hanyalah kesannya.

macam mana ya perasaan bercinta,cuba terangkan dalam satu ayat,boleh ? cuma yang kita nampak hanyalah kesan dia.

saya rasa ianya sesuatu yang bagus untuk jujur terhadap perasaan diri sendiri.entah kenapa ramai antara kita asyik menidakkan perasaan yang Tuhan bagi.hidup yang sudah sejak azalinya komplicated ini bertambah-tambah komplicatednya bila kita saling menipu perasaan sendiri.kerana itu juga lah,saya risau pertembungan budaya antara saya dan kebanyakan melayu yang cakapnya berlapik selalu.walaupun direct itu tidak indah,tapi ia mudah.

saya perasan jika seseorang ini terlalu berlapik,dia sebenarnya selalu makan hati.sebab,bila cakap berlapik,keinginan yang ingin disampaikan tidak jelas.orang tak faham atau mungkin salah faham, sudahnya bawa hati sendiri.

macam dekat kampung-kampung,kononnya baru kahwin la kan nak tolong mertua;
*tengah tengah basuh pinggan dekat sink*
mak mertua: "eh Senah,tak payah la basuh basuh ni,biar mak yang basuhkan"
kalau orang yang faham literally,maka dia akan segera tutup pili air dan meninggalkan sink.mak mertua fikir apa agak-agak ? -.- sudahnya,salah faham.adoy.

sungguh benda ini remeh,tapi boleh mencetus salah faham jika masing masing mahu pegang dengan prinsip masing masing.salah seorang perlu akur,atau saya perlu akur,saya adalah spesis dinosor yang hampir pupus,sementara mereka adalah cicak yang banyak melekat di dinding dinding rumah.

harapharapbakalmertuajugajenisdirectmacamsaya,amin.-tetibe-

i prefer anything that's easy rather than beauty.beauty is complicated.believe it or not.

2 comments:

hanisahridz said...

like like like :D

orang melaka direct~ teringat wan kat kampung.heh

so so kalau nak kawin tu belaja2 la dulu psychology mertua. menuntut mane2 kee.ingat kawin senang ke..? hehehe :p

bawahbumi said...

huw huw,ni dokter gigi ke dokter cinta hah ? :D

melaka direct
perak berlapik
anak,kekeliruan identiti.