Friday, June 15, 2012
rumus kimia : ia tak kelihatan
rasa sempit semacam.paru-paru mengecilkah.atau jantungkah yang membesar.'sedap' sungguhlah bila berjauhan, rasa sakit yang ini,bukan semua berpeluang merasa.membuat kita jatuh terkenang.jauh melayang.
obat hati ada lima perkaranya
yang pertama, baca Qur’an dan maknanya
yang kedua, sholat malam dirikanlah
yang ketiga, berkumpullah dengan orang sholeh
yang keempat, perbanyaklah berpuasa
yang kelima, dzikir malam perpanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusti Allah mencukupi
luka berdarah,berlarilah
Tuhan sedia mendakapmu,
sekali lagi.
Tuhan adalah seperti apa yang disangka hambaNya.
ya,saya mahu sangka yang baik-baik sahaja.
ah,kan kalau risau,itu maknanya iman belum begitu kukuh,doa belum begitu gigih.buanglah,buanglah rasa tak sedap.tapi,menipu begitu,otot-otot di muka tak pandai menipu,tetap tercermin di riak mata.Ustaz Nouman cakap air mata ada dua,satu sejuk satu panas.kalau air mata sedih,yang itulah rasanya panas.
baik,sudah pening membawa haluan .mendaki pun penat,menurun pun tergolek ke bawah.tarik nafas panjang.mungkin dah terlalu kedalam dunia,keluar balik,sila sedar diri,anda itu berpunya.kepunyaan Tuhan.
tentang kimia dan fizik.
tindakbalas kimia ke atas fizik.
kimia duduknya di dalam dan tak kelihatan.fizik di luar.
kimia tak akan menipu.tapi,fizikal mampu menipu.
biasanya kimia lah yang bertegur sapa dahulu.(mungkin getar molekul air memandangkan 60-70% tubuh manusia adalah air:masih dalam kajian makmal ainaasyahirah) kemudian,barulah fizikal kita mudah untuk berinteraksi.kerana di dalam sini sudah saling berbicara,kita seolah telah lama kenal,tapi di alam nyatanya tidaklah kenal rapat pun.biasa juga,kita bisa merasa getar seorang ibu yang jauh berbatu-batu, terus menelefon,dan si ibu juga berkata ' tadi baru je mak teringat dekat akak,tiba tiba akak call '
hampir selalu begitu kan ? :) sebab itu,saya percaya tindakbalas kimia masih misteri.tapi,sangat istimewa dan penting,untuk manusia meneruskan survival hidup.
jadi,
rumus hari ini : yang tidak kelihatan itu wujud,lebih lama wujud dari diri anda yang anda nampak sekarang,jadi... jaga-jaga,baca 3 qul sebelum tidur ,ayat kursi juga.
salam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
quote feveret dari Deathly Hallows,
Prof Dumbledore cakap kat Harry,
“Of course it is happening inside your head, Harry, but why on earth should that mean that it is not real?”
Kimia sangat misteri, tapi rasanya fizik jauh-jauh lebih misteri. hah.
fizik...
subjek paling tak dapat dimengerti.nanti boleh la buat satu entri,kenapa fizik lagi misteri.
Post a Comment