Saturday, October 27, 2012
kun ! fayakun..
i-
tak sedih sangat sambut raya adha dekat perantauan.rumah terbuka beratur.kami pun mengambil inisiatif untuk beralah taknak buat rumah terbuka,bagilah dekat orang lain,kita jadi tetamu pun dah cukup syukur dah.
hee.
anyhow,anywhere,walaupun macam tak sedih,tapi malam raya haritu bergetar jugak sanubari bila dengar melayu takbir dekat masjid yarmuk,dan dekat jamuan dentist.mahu tak sayu.tambah diakhiri dengan doa oleh abang Imran,menyayat hati.serius bukan sebab nak raya dekat Malaysia ke apa,cuma mungkin rasa kecil sangat nak dibanding dengan peristiwa lampau alkisahnya sambutan eidulAdha,kisah kekasih hati Allah,nabi Ibrahim.so sweeeeet.nampak kaabah,selalu terkenang nabi Ibrahim alaihi salaam.kuat betul tawakkal dan doa nabi,sampai sampai padang gurun yang kering itu sekarang menjadi kiblat seluruh umat Islam,menjadi impian setiap muslim untuk jejak ke sana. :') kun fayakun.tak logik,tapi sebab kun!fayakun...
ii-
tolonglah.geram sangat internet ni berlari 10meter sejam.tak boleh nak stream takbir raya.jadi,kita beralih pada blog sahaja.
iii-
masa pertemuan dengan Prof malam Pintar hari tu,banyak kena tegur.bagi aku yang bagai layang-layang terputus tali ni,teguran sangatlah diperlukan lebih lebih lagi dari seseorang yang pangkatnya ayah. Allah.duduk jauh dari keluarga,selalu boleh hilang fokus.tak ada orang lama nak tegur membuatkan kita terhuyung hayang mencari diri.buat benda semua nak taram sahaja,tak ada usaha kuat.bila Prof sebut pasal maruah muslim,aku rasa tercabar banyak!muslimkah kalau malas belajar?soalan dari diri sendiri untuk diri sendiri.
iv-
dan,aku rasa menulis ni kalau kena gaya,oke.kalau salah gaya,mengkhayalkan dan membuatkan kita duduk takat mimpi sahaja.perasan indah padahal berangan.untuk kebaikan kita bersama,maka pilihan sakit itu aku buat.
v-
itu mungkin usaha terakhir.selamat berfikir dalam-dalam,dan selamatlah semoga Tuhan bukakan.kalau Allah kata kun,fayakun.
vi-
yes,hematoma.kembang tak kecut-kecut.macam mana ni doktor.satu dua kata?
vii-
terimakasih kakshishi kakbiah ,terasa macam ada kakak. :')
viii-
bila nak boleh kakak ipar ni ? anak sedara ? hasy.hasy.
okkay,azan sudah.
selamat menjadi muslim.
kurangkan angan-angan,banyakkan berdoa bertakbir bertahmid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment