Tuesday, October 23, 2012
surat kecil ini,Tuhan
umpama surat permohonan,apabila diabaikan,aku mula menulis surat rayuan.hanya kerana kemahuan yang terlalu besar itu,tiada malu lagi untuk melutut menyembah bumi.surat kecil ini Tuhan,lambang betapa kerdilnya aku.seindah karangan namun masih terlalu hodoh untuk dipersembahkan.
tak,aku tak penat.sekurang-kurangnya ini bukti bersungguh yang manusia perkecilkan.untuk selama 21 tahun lebih ini,sudah berapa pucuk surat agaknya yang telah Tuhan simpan,dan setengahnya telah Tuhan balas dengan manis-manisan.
kebelakangan ini,terlalu kerap menghantar surat.segan pun ada jugak.huuu.
halus,Maha Halus.Alhamdulillah,Tuhan jaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment