Tuesday, October 16, 2012

pagi di stesen bas

sesampai dia menguap memandang suasana stesen bas.pandang kanan pandang kiri,masing masing sama.awal pagi,manusia memang kelam kabut,lagaknya dunia seakan kiamat.dalam hati benci sungguh.walaupun pagi-pagi kita perlu bertenaga,tapi tak perlu lah gunakan tenaga tersebut untuk benda remeh sebegini.atau mungkin sahaja aku yang suka melangut begitu,enggan berebut enggan menang enggan sampai cepat,dan enggan ke sekolah.

sampai satu tahap,seakan malas berasak demi sebuah keinginan.lalu aku sampaikan pada Tuhan,betapa aku penat,dan pintaku lagi aku hanya mahu Dia cukupkan sahaja dalam hati perkara-perkara yang tak tercapai dengan tangan kecilku.

sedang aku dalam pencarian di tengah sesak tersebut,bas mana yang memungkinkan aku menyelit dengan mudah.secepat kilat mengambil keputusan,secepat itu juga ada tangan yang memberi laluan kepadaku,persis seorang puteri,dilindungi pegawai keselamatan peribadi,tangannya gagah menghadang buaya-buaya yang seakan rakus mahu membaham tempat duduk,dan aku selamat lolos ke dalam perut bas.

ya,seperti yang dijangka tidak sempat mengungkap terima kasih kerana semuanya berlaku dengan pantas.


(bukan kisah benar)

__________________________________________________

malas atau sudah bosan.melayan kerenah dan jangkaan jangkaan yang mengimpikan kita menjadi seelok malaikat.how i wish, buku buku dentist itu bertukar menjadi buku Noor Suraya atau Salim A.Fillah atau Hamka atau Bahruddin Bekri.alangkah kalau hati aku hanya setia kepada 'dentist' sahaja,dan bukan pembacaanpenulisan;dunia yang sangat asing bagi kebanyakan.bagaimana mungkin membahagi hati,sesaat angin deras datang,terus tidak stabil.atau sebetulnya,bagaimana mungkin aku jatuh cinta sedang hati aku tak pernah di sana.jujur dengan perasaan memerlukan berani di permulaan sehingga penghabisan.antara 'keduanya',jujurkah aku?andaikan 'mereka' sudah dimadu,persolan yang sebenar pastilah adilkah aku ?

jawapan akhirnya,kembali pada diri sendiri.

timbang-timbang,aku tahu yang berat ke tanah itu,dia.
bertahanlah.
untuk dua tahun ni,sabar sikit,sikit je lagi.

bukan mudah,mahu membaca sedang hati enggan masuk bersama.semoga rajinlah,setidaknya demi patient. :| bittter feeling till the end.

No comments: