Thursday, October 11, 2012

dia pangeran...


berjuta rasa,
didatangi dua tanya oleh diri sendiri.setelah selesai menoleh,dia pasti,dia yang bersalah.berkira kira untuk memohon maaf dari sudut hati yang paling dalam.paling perempuan.dia pasti,dialah punca segalanya.tapi,dia tak pasti samaada betulkah dengan maaf itu akan menyelesaikan segalanya.betul perlu? adakalanya,maaf menambah nanah di luka.walaupun ia tak banyak berlaku,tapi ia pernah berlaku.

maka,sebelum cahaya menembus bumi,aku karangkan secebis tentang rasa ini.rasa serba salah yang tak mampu diberi pengampunan ini.

maaf,
tentang aku yang datang tanpa diundang semalam dan cerita ini sudah separuh.lagi separuh yang kita tidak tahu berapa lama itu,aku tinggalkan kau untuk menghabiskannya sebagai cerita rakyat yang mitos.akan kukarangkan helaian demi helaian ,semua yang sedang aku simpan.pasti,setelah aku yakin semuanya selamat.sedikit bersabar itu pasti lebih baik untukmu,untukmu memegang dan membaca sendiri kisah kita.

dekat dan jauh itu terkadang tak dapat dibezakan hati.ada masa masanya yang dekat terasa rindu sekali. bukanlah aneh.cuma sedikit tidak waras jika cuba diserapmasuk kedalam akal.lamadulu,nampak ia terlalu mustahil,lalu ia bermula seperti biasa.berkembang menjadi luar biasa.dan mahu mengakhirinya secara tiba-tiba adalah plot yang agak kejam walau kita fikir jalan cerita seperti itu sangat sesuatu.

sangat sesuatu itu,
hanya pada kita sahaja.
sedang bagi penonton,
walau apa pun yang terjadi
cerita itu harus tamat dengan selamat.

kerana itu,aku belum mahu ucapkan selamat,kerana kertas putih masih belum habis di atas rak.masih banyak yang mahu ditulis.


...kerna selalunya dia berlayar,akhirnya berjaya sampai ke lembah paling asing.

No comments: