Wednesday, December 19, 2012
klinik.
alhamdulillah.finally,exam dah habis.seperti burung yang lepas bebas.meraikan angin sejuk dan rerumput hijau cantik.baik,melampau pulak perumpamaannya,bunyi macam teruk sangat exam.
jujurnya,bagus juga exam,kalau kita betul belajar untuk dapat apa yang doktor cuba nak sampaikan.naik tahun empat ni baru sedar diri,aku antara orang yang take things for granted contohnya,kelas dan kata-kata berharga doktor di dalamnya,kita buat macam doktor tak ada perasaan kadang-kadang.dengar tak dengar.mengantuk,menguap,terlelap.catat pun malas.konon-konon boleh ingat.padahal kita tengah tadah ilmu dari orang yang banyak pengalaman.but we take that for granted and we waste it.
untuk tiga tahun sebelum klinikal,terasa sedikit menyesal.sebab tak belajar dari hati.
only if.but for sure,we can't return back time.
jadi,setelah merasai lazatnya markah di tebing tebing sungai,masih belum terlambat untuk cuba baiki.ohmyoralradio.
tadi dalam klinik buat gigi palsu(prosthodontics),berlaku satu kejadian yang tiba-tiba dekat seorang patient lelaki ( kawan arab punya patient).suasana emergency camtu la,mungkin bila dah umur tua ni macam-macam boleh jadi dekat kerusi klinik.tak pasti pula apa puncanya.daripada perhatian jarak jauh,semacam sawan.agak menakutkan.pertama kali tengok.cuba tak nak tengok,sebab takut jadi sedih.intai sekejap-sekejap je dengan mata.tak mampu rasanya nak pandang.
tua.klinik buat gigi palsu ofcourse semua orang tua dalam tu,sempat juga bayang dah tua nanti macam mana la kita ya?pakai tongkat?jalan terketar-ketar.mata tak nampak?sekarang muda,kacak,bergaya,awas jangan sombong dengan nikmat semua tu.semantara je bang.hormatilah yang tua,dengar apa mereka nak cakap,berlembutlah walaupun kita ni nanti jadi doktor.nasihat untuk diri sendiri.
bagus juga klinik,banyak benda baru belajar.cara nak deal dengan manusia terutamanya.cara kawal emosi,walau penat,tak boleh tunjuk yang kita penat.walau bengang,tak boleh tunjuk.walau tak tahu,jangan tunjuk sangat.eh.tapi jangan buat memandai pula.always consult doktor dulu.
kaitannya dengan exam?
oh masa tengok emergency case macam tadi tu,dalam kepala satu je.apa tindakan kita,kalau ia berlaku depan mata,kita dah pernah belajar,kita sepatutnya tahu,tapi terlupa?
ho~
setelah memilih,kita bertanggungjawab untuk tamatkan ia dengan jayanya.semoga Allah mudahkan jalan ini,untuk aku dan kawan-kawan yang lain.
'kenapalah aku ambil bidang ni...?' -akusatumasadulu-
sudah.jangan buang masa lagi dengan soalan-soalan macam ni.we got no time for that useless question.
untuk stage sekarang ni,antara soalan yang patut kita tanya ialah,bagaimana kita mahu tamatkan ia dengan baik.sekali lagi,semoga Allah mudahkan jalan buat kita kita.
:)) nasi minyak malam ni celebrate habis mid!
banyak lagi nak cerita pasal klinik,ada masa nanti cerita lagi.
mari memohon bantuan Tuhan.
assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"setelah memilih,kita bertanggungjawab untuk menamatkan ia dengan jayanya."
ouch.
ouch jugak.
tak dapat lari lagi.
selamat mudahan.
:)
Post a Comment