Monday, December 24, 2012
Pintu akhir
Jordan cantik.Lebih-lebih waktu pagi.Jalan lurus.Menaiki bas,wajib selak langsir.Membelah tanah yang sudah mula merumput hijau.Di hujung,ada matahari garang,baru mahu naik ke langit Jingga keemasan.Cukup terang satu Irbid.Dari kejauhan bergemerlapan.Lawa.Celupan Tuhan memang selalu sempurna walau warnanya setiap kali pasti berbeza.Dan kita tertanya-tanya bagaimana,Maha Bijaksana Maha Karya.
Mata.Alhamdulillah.Masih boleh melihat.Berapa harga mata?Tuhan tak minta,tapi kitalah yang kena pandai jaga.
Untuk semua jalan yang pernah aku katakan ya dan tidak.Untuk semuanya,tak mungkin tidak bersebab.Walaupun terkadang aku diberi pilihan untuk menerima 'kebaikan' (di mata orang lain),aku tetap menolak dengan sebab yang terlalu rahsia.Susahkan bila fikiran kita selalu tidak selari dengan keramaian.
Aku tidak berani janji,kalau belum pasti akan aku tepati.
Aku tidak mahu mulakan,kalau belum teguh hati untuk benar menamatkan.
Manusia ada yang mudah menabur katajanji sedang belum tentu dia ingat janjinya esok.Manusia ada yang mudah mengambil langkah,sedang hatinya belum siap sedia menghadapi badai demi badai.Yang engkau nampak hanya indah di permukaan,dalamnya kau belum temu,tapi kau sudah canang serata alam.
Itulah manusia.
Aku juga manusia.
Tak kira yang mana satu pun kita antara berjuta.
CelupanNya tetap indah seadanya.
Dan antara tanda syukur, (bukanlah sekadar ucapan lidah)lebih dari itu :
selalu ada kemahuan untuk membaiki diri,walau tahu diri tidak layak jadi sesuci bayi.Sekurangnya aku cuba,sungguhpun jalan yang kita pilih tak selalunya sama.Aku cuma pilih satu,yang menenangkan hati.Dan kau tak perlu tahu.
"Certainly We have created man to struggle" 90:4
Jangan rasa terbeban.Tuhan bilang : 'berdoalah akan Kuperkenankan'
Terima kasih untuk pintu-pintu yang Engkau perlihatkan.Dan Engkau izinkan pula aku masuk.Dan keluar dengan selamat.Semoga pintu akhir itu aku temui dengan hati yang tenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment