Saturday, December 15, 2012

kosong.


ini bukan lagu najwa latiff.


"Kak,kenapa hati kita ada hari-harinya dia rasa kosong?" aku bertanya selepas selesai mengaminkan doa.Aku hulur tangan,bersalaman.Entah kenapa semenjak dua ni solat rasa kering.Perasaannya tak ubah sepeti sebatang pen tidak bernyawa yang tunduk bangun tunduk bangun tanpa hati.Atau boleh juga nak umpamakannya ibarat makan nasi tanpa kuah.Kering!

"Bukan kosong dik,tak mungkin kosong.setidak-tidaknya kalau ikut teori sains mesti paling kurang pun ada gas dalam tu..."

Ehh ringkasnya jawapan.Maksudnya hati kembung ke?Belum pernah hanyat dengar.Doktor Sara ni main-main ke serius ni.Cakap lapis-lapis ni memang genetik abah sungguh.Baik,cuba dulu,cuba fikir dulu,apa kaitannya gas dengan solat yang terasa kering.Masih tak bangun dari sejadah berteleku seperti rahib,padahalnya tengah pening kepala gali maksud Kak Sara tadi.

"Kalau dah jumpa jawapan bagitahulah ya...baiii" Lalu keluar menuju tangga menuruni dapur dengan muka separuh siap.

Eeh,ni kira assignment ke?Sudahlah berlambak-lambak assignment yang belum terbuat lagi ni.Esok dah nak balik kampus,cuti pendek sangat.Tak setimpal dengan satu bulan setengah kuliah,labnya,tutorialnya dan itu dan ini,lain-lain sambung sendiri.Sepatutnya biarlah samarata antara kelas dan cuti,contohnya sebulan kelas sebulan cuti,ha baru berbaloi!

Nasuha,dipersilakan buat planet sendiri.Tak ada dalam dunia ni mana-mana negara pun yang buat macam tu.

.................

4 comments:

hanisahridz said...

winter sgt backgroud~

bawahbumi said...

backgroud?

pun boleh.

Norfarihin MH said...

gas beracun ? gas flora? hehee. mcm ade sambungan je post ni..

bawahbumi said...

kalau rajin...
kalau tak,sampai situ je la

xD