"Ana,tak penat ke ?"
"Ait,baru satu batch dalam oven,peluh pun tak sempat menitik ha.Penat sangat ke?"
Ana pandang mata redup Lisa.Lisa ni jenis perempuan yang tak pandai sembunyi.Mata dia,kalau nak diibaratkan sama macam gelas kaca.Boleh nampak warna apa yang tengah berkocak dalam hati Lisa.Cuma tunggu dia nak buka mulut sahaja.
"Tulah,orang dah cakap dah tadi nanti mesti penat,nak juga buat.Dah,basuh tangan.Takpe,Ana buat sorang" Aku tarik dulang berisi kacang yang lumat dikisar.
Lisa bangun,perlahan menolak kerusi kayu.Kasihan.Nampak mendung sungguh cuaca dalam hati Lisa.Ramalan cuaca aku; hujan lagi sejam.Lirik mata aku menghantar Lisa sampai ke sinki.Otak aku ligat menggali segala kemungkinan Lisa jadi begini.Mesti secepat mungkin.Sebelum dia habis basuh tangan.Sebelum dia kembali duduk di kerusinya tadi.
"Makanlah buah delima tu.Bagus untuk ibu mengandung" Sekembalinya Lisa di meja,sengaja berjenaka.
"Ish.Kahwin pun tak lagi" Lisa mengoyak senyum lima hingga sepuluh saat.Kemudian kembali seperti sedia kala.Lega dapat tengok Lisa boleh senyum walau sekejap.Sekurangnya aku tahu otot-otot senyum dia masih sihat.
Diam Lisa di situ,satu-persatu dimakan bijinya.Kebiasaan orang tak tertarik pun bila tengok dari luar,kulitnya tak semerah isi.Tapi bila dah dibelah,baru nampak kilau merah yang menyala-nyala.Mula-mula memang akan rasa leceh sebab kena korek satu-satu isinya.Lama-lama bila dah biasa,jadi ketagih pula.Macam orang makan kuaci!
"Sedap kan..suap sikit " Aku nganga luas-luas.
"Tak pernah tahu delima ni macam ni..." Lisa mengorek lima butir sebelum mencampaknya ke dalam mulut.Rasa percikan jus delima di dalam mulut sangat heaven!
"Macam ni macam mana?" Sengaja tanya.
Lisa angkat ibu jari kanannya.Aku dari tadi lagi menganalisis perkembangan air muka Lisa.Nampak tiada perubahan.Mendung belum surut.Awan hitam,masih.Apa lah agaknya yang Lisa tengah fikir.Loyang sudah berganti loyang.Bekas petak 10 inchi sudah separuh diisi kuih mazola.Semerbak bau rumah petang itu.
"Ana....aku ni banyak fikir sangat ke,kau rasa aku banyak fikir tak?"
"Aku kenal kau bukan sehari dua..."
"Kalau kau ada jawapan kan....boleh tak aku tahu...give me a reason why should i continue living..."
Tiba-tiba aku nampak air matanya meleleh laju di tubir.Aku kaget sekejap.Lisa menekup mukanya di atas meja makan.Serta merta aku berhenti menggentel,lalu bangun dan memeluk tubuh Lisa yang bergetar hebat.Makin kuat esak sendunya,makin kuat juga aku peluk.Aku mahu semua air matanya keluar petang itu.Jangan ada sedikit pun yang tinggal.Sebab aku tahu,air mata yang ditahan-tahan adalah perkara yang terlalu membebankan hati seorang perempuan.Terlalu.
Dalam dua minit juga aku dalam posisi begitu,berdiri memeluk bahu Lisa dari sisi.Aku tahu dia tengah penat.Perasaannya sama seperti baru lepas habis pecut,jantung jangan cakap,berdegup macam mahu pecah.Setelah reda sedikit,aku lepaskan Lisa dan membasuh tangan yang bersalut adunan mazola.Kemudian mengambil sedikit air zam-zam dari kabinet dan menuangkannya ke dalam gelas jernih.
"Lisa,selawat banyak-banyak.Ingat nabi Muhammad,nabi Ibrahim.Baca bismillah.Niatlah apa pun,minum ni.Zam-zam" Aku senyum empati.Membalas mata sembapnya dengan sebuah keyakinan bahawa hidup memang tak mudah,tapi jangan menyerah.Muka Lisa lebam.Aku bangun ambil dua tiga helai tisu dan basahkan sedikit,sebelum disambut tangan Lisa.
Lisa tenung baki air zam-zam,gelas jernih masih di tangannya.Lisa buka mulut.
"zam-zam ni...."
"kann...mustahil dia(zam-zam) boleh ada dekat sini kalau Hajar menyerah masa tu kan.."
Lisa angguk angguk.Aku lihat dia pejamkan mata,bibir comelnya seperti mengungkap sesuatu,tetapi terlalu perlahan untuk didengari.Doa apalah agaknya Lisa ni.Memang benarlah,sampai satu tahap kita akan berasa tidak larat lagi,tidak mahu,muak dan mual dengan semua yang berlaku.Kita berasa marah,tapi tidak tahu marahkan siapa.
Sebenarnya soalan Lisa tu aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan apa.Aku bukan Tok Nujum yang boleh tahu masalah Lisa walaupun dia dah aku anggap macam adik aku sendiri.Aku tak ada kuasa keenam untuk tahu jawapan apa yang Lisa mahu.Tapi,sekurang-kurangnya aku harap aku boleh papah dia sekejap untuk petang tu,sebelum tenaganya pulih lagi untuk meneruskan saki-baki hidup.
"Agaknya air mata kau tadi boleh buat telaga macam zam-zam tak?" Sengaja mengusik Lisa.Lisa selalu malu-malu lepas kena usik.Gadis sangat Lisa ni.
"Ana,aku rasa kan aku dah jumpa bidadari syurga lah"
"Kau oke kan?" Bimbang juga aku kalau-kalau Lisa ni depressed sampai sakit jiwa.Sampai delusional. Ya Allah jauhkanlah.
"Esh aku oke lah.Ana..aku rasa kan,zam-zam dengan delima ni,rasa dia macam syurga!"
"Huh?Sebab...?"
"Tak tahu.Rasa macam lembutlah.Tiba-tiba perasaan dia macam tengah dengar arwah mak tiup doa dekat ubun-ubun " Lisa kemudian cuba menyentuh kepalanya lembut.Membayang kelibat arwah maknya mengusap mungkin.
Tersedak.Berair pula mata dua aku ni.Aku tak tahu pula boleh sampai ke situ perasaan Lisa.Ya Allah,Yang Maha Memberikan Cinta,Yang Maha Mencurahkan Kasih Sayang,Kau peliharalah Lisa,hatinya terlalu lembut untuk disakiti oleh mana-mana makhluk.
"Mungkin.Pernah juga dengar,zam-zam ni dari mata air syurga.Delima pun ada dalam Al-Quran.Kita semua kan asal dari Tuhan,dari syurga.Sebab tu rasa nyaman....." Seboleh mungkin,aku cuba tunekan suara jadi ceria.
Hati aku sebenarnya dah rasa semacam lepas Lisa sebut fasal arwah maknya.Aku tahu,Lisa ni anak yang paling suka buat kebaikan pada maknya,paling dekat dengan maknya,paling sensitif bila ada orang cerita fasal mak,paling cepat menangis bila lagu ibu dimainkan di radio dan paling perit bila maknya pergi tinggalkan dia.Sebolehnya aku nak larikan perhatian dia daripada sebut perkataan keramat 'mak'.
"Kau tidur sinilah ya Lisa,temankan aku"
***
Sebelum tidur,dalam diam Lisa memandang Ana yang sudah lena keletihan.Dalam hidup ni,berjuta kawan pun belum pernah sama dengan Ana yang seorang.Walaupun Ana tak pernah pandai beri nasihat,tapi bahu dia selalu ada untuk Lisa sandar.Kata-kata dia tak pernah macam pujangga,tapi cukup lega.
Semoga Tuhan berkati Ana.
Tidurlah Lisa,mentari tak pernah lewat memberi sinar kepada penduduk bumi setiap pagi.Kenapa perlu aku berhenti?Bismillah.Dengan namaMu aku hidup aku mati.
Malam itu Lisa bermimpi. :)
Tak mengapa,nanti sahaja dia bagitahu Ana.
![]() |
credit setiap kali aku nampak delima di pasar, aku tersenyum kerana wajah Ana selalu menjelma-Lisa |
Hari ni aku nampak kau lagi dekat pasar ;)
SMS dari Ana:
Lisa,delima itu engkau.Nampak besar tapi kecil.Nampak pudar tapi merah.Nampak layu tetapi menyala.Di dalamnya.Merahlah,gagahlah aku doakan dari jauh.Jangan nangis-nangis! ^_^
7 comments:
gila mantap gila kau!
buat buku Ainaa, buat buku. Aku sponsor!
halamak guna akaun adik pun jadi.
@tepianmuara
kalau dapat kat cg bm ni,byk salah sebenarnya.huhu malas edit
@tidakbest
sponsor??jom lahh
Terlama pulak tak jenguk.
Haih delima merah tu mmg sedap! Tc na!
@aishah
err.soalan yang hari itu tu sindrom ape entah.maaflah,terpelik sekejap 2 3 hari.hehe.mohon didoakan selalu.
waaa..seronok! seronok!
Post a Comment