Saturday, February 09, 2013

membaca lumrah


Hampir lupa rasa itu.Masa cukup pantas bukan?Dan akhirnya pulih seolah tidak pernah tertimpa suatu apa pun.Padahal jika dipaksa ingat kembali,cukup membuatkan kita hampir tidak ada keinginan untuk menyimpan harapan.Beratnya tak tertanggung oleh lidah tak bertulang.Menghempap hati sekecil ini,sungguh tiada belas.

Bukan.
Malah kerana belaslah,maka ditimpakan.Saat itu,ada dua hati yang rajin berbicara.Hati besar dan hati kecil.Hati besar selalu rasa sedih.Hati kecil selalu memujuk,dikatakan padaku bahawa 'Tuhan sedang memerhati,bukankah sepatutnya dikau gembira ? Tuhan sedang memerhati..'

"Tuhan sedang memerhati" Paling lembut.Menusup telinga sekaligus membuatkan aku mampu juga tersenyum lega.Walau kala itu,emosi aku masih belum cukup kuat.Segera aku pacakkan doa ke tanah.Segera aku lemparkan doa ke langit.

Itu yang tertulis.Sungguhpun bukan aku yang menerimanya,tempiasnya membuat aku selalu diam memerhati kehidupan.Membezakan apa yang benar apa yang tidak,paling kurang tentang kejujuran.Tentang perkara-perkara yang tidak kekal.Tentang perkara yang harus aku ada dan harus jangan aku kejar.

Ia banyak mengajar.Manusia dan seisinya.

Alhamdulillah.Beautiful.



No comments: