Tuesday, February 05, 2013

random :D



Assalamualaikum.

Alhamdulillah enjin dah panas.Musim je belum sepenuhnya hangat.Pagi malam masih sejuk.Tapi pelan-pelan beransur lah tu.Lama sungguh rasanya musim sejuk tahun ni.Teringat lima tahun lalu,sebelum SPM lagi dah tanam rasa nak pergi Jordan.Awal kan?Haha.Entah la,nak buat macam mana Allah campak rasa tu.Mungkinlah sebab ada gabungan tiga benda kot dekat sini.Satu,bahasa arab.Dua,bersih (bersih dari Mesir).Tiga,ada musim sejuk.

Yang ketiga ni paling kelakar bila ingat balik.Konon lah nak pergi tempat ada musim sejuk.Masa tahun satu macam tu jugak,kalau tanya kawan arab semua tak suka musim sejuk.Masa tu pelik dengan diorang,yelah kita pula tak sabar-sabar bila nak musim sejuk.Lama-lama,hmm rasa letih pun ada musim sejuk,letih nak lawan.Itu pasal,sebelum betul kenal jangan nak mengaku suka sangat.

Menyesal tak pilih nak pergi oversea?
Jawapan yang semasak-masaknya,mestilah tak.Sebab jauh dengan keluarga kadang-kadang anugerah dari Tuhan juga.Nak nak dekat part tawakkal pada Allah.Selalunya kalau dekat rumah,kita suka nak bergantung dengan mak abah.Kurang rasa tawakkal,asyik rasa selamat,rasa selesa.Dekat sini,terdedah dengan macam-macam.Tiap-tiap hari keluar.Kalau tak ada apa,baru duduk rumah.Pergi mana-mana jalan kaki.Perempuan pula tu.Melayu-ayu pula tu.Arab suka melayu tahu.Bahaya.

Rasa dekat dengan Tuhan pun ada.Sebab banyak masa boleh tenung diri sendiri.Oh mungkin sebab tu juga ada rasa nak menulis blog.Dekat rumah adik-adik ada,mak abah ada buat sembang semua benda,usik kacau buat annoying yang bongsu.Alhamdulillah,ada adik beradik.Yang bongsu tu sebenarnya dah besar,tapi suka juga buat annoying dekat dia,tapi dia tak layan pun haha.Geram juga sebab misi kita kacau dia nak suruh dia annoying.Jadi,dalam sehari tu banyak benda boleh buat instead of blogging.Ada kucing,paya,basikal,pokok lagi kat luar.Macam-macam lah boleh buat kalau bosan.

Hmm.Sekarang ni,semua ada yang fikir lepas grad nanti nak sambung apa.Master?Nak speacialist apa dan yang sewaktu dengannya.Default yang keluar dari mulut tak kira lah sape pun yang tanya,tak nak sambung(tanda seru).Buat masa ni lah.Orang lain semua bercita-cita tinggi.Kenapa tak pernah ada perasaan macam kawan-kawan normal yang lain.Sebenarnya teringin nak belajar sastera macam Kak Noor Suraya.wuwuwu. Sob. Me not normal :'|

Tapi,betul ke tak normal eh kalau dulu belajar sains tiba-tiba pergi ambil sastera?Selalu berangan dentist ni setakat untuk kumpul duit je,lepastu guna duit tu untuk sambung belajar benda yang kita minat.Wahh bestnya kalau betul boleh jadi.Kan best kalau kita belajar sebab kita sendiri nak belajar.

Oh semalam pergi baca muka depan buku Anatomy Netter.Baca pasal Netter.Nak ambil inspirasi lah kononnya.Biasanya yang depan-depan tu lagi sedap dari kandungan hik.Rupanya dia dulu belajar Art.Lepas tu baru ambil medik.Masa dia student medik,dia buat nota dengan lukis-lukis jadi sketchbook.Masa tu lah ramai orang acknowledge kebolehan dia termasuklah lecturer dia.Hebat!

Ok.Tu je.Ni pun random jugak.
Doakan kami dapat cari patient yang tak ada gigi

Sekian.Yang tak manfaat tu tolak jauh-jauh :D

3 comments:

patner said...

saya nak duk rumah kalau kawen dengan orang kaya. tapi sekarang, threshold kaya tinggi sangat. kalau jutawan kot baru dikira kaya benar. haha

tepianmuara said...

'Biasanya yang depan-depan tu lagi sedap dari kandungan'

setuju. aku beli buku oxford internal semata-mata nak baca muka-muka depan dia lah. haha


bawahbumi said...

@patner tersayang

kan..meh ena doakan hik2 =P


@tepianmuara

dokter tak boleh la camtu.dentist takpe.hee.