Tuesday, March 12, 2013

Tembikar penuh air



Menatang tembikar yang penuh berisi air ternyata bukan mudah.Biar seperlahan dan seberhati-hati mana pun,setitik dua titik pasti ada yang tertumpah.Dulu.Dan kerana aku ini dilahirkan bersifat degil tak mahu kalah,aku tetap akan mengatakan yang tembikar itu kosong,tiada air sungguhpun ketika itu jari terasa mahu patah.Sehinggalah sekarang mereka akan percaya bahawa tembikar yang aku tatang itu adalah benar kosong.Semenjak itu,setiap hari bila matahari naik,selalu aku akan letakkan tembikar tersebut di tepi tingkap.Berdoa semoga ia mampu tersejat sendiri tanpa aku sendiri mencurahnya.



2 comments:

tepianmuara said...

airnya, masih jernih dan nyaman?

bawahbumi said...

masih masih

*susahnya soalan ni*