Thursday, June 13, 2013

20 hari Turki


Bukan jurnal.Sekadar sahaja.

Blue Mosque full moon :)

Marmara sea(?) dunno.geography fail

Cappadocia

Dekat Turki,susah nak jumpa kedai buku yang betul-betul puas hati.Hanya beberapa sahaja yang ada menjual buku bahasa Inggeris.Itu pun kecik.

Sepanjang perjalanan 20 hari dekat sana,tak pernah sekali pun saya nampak mereka membaca.Sekali pun tak pernah.Walau lepak-lepak depan universiti Istanbul pun,tak ada orang sedang pegang buku.

Tapi mungkin diorang suka mendengar ulasan-ulasan berita.Hanya apabila kitorang ada dekat lobby,mereka alihkan siaran.Aha,padahal kitorang nak tahu sangat bukanlah fasal takut nak balik cepat ke apa,kita nak tahu duduk perkara sebenar.

Cuma,mereka sangat menghargai orang macam kita yang 'nampak'nya mengamalkan Islam.Dan saya selalu pelik,muka memang sah-sah tak macam gadis turki kan,cokelat semacam.Tapi makcik-makcik kat Turki ni selamba je tanya entah pape entah dalam bahasa Turki.Mungkin gaya lepak tak macam tourist sangat kot.Jenuh jugak tu,semua awal pertanyaan diorang hanya mampu dibalas 'Malaysia',selebihnya berdoa supaya makcik memahami.

Tentang pegangan agama.Nak ulas lebih pun tak boleh sebab yang lamanya duduk dekat Istanbul.

Seminggu lebih itu memang sengaja saya lebihkan.Mengambil masa berjalan di lorong-lorong yang jarang 'tourist' lalu.Saya tak cari barang di Turki,saya cari sesuatu.Di sebalik kemajuan dan keindahan masjid yang dibina,di celah-celah,ada sesuatu untuk saya muhasabah.Bila berjalan jauh,kita keluar dari pemikiran sempit Islam (Malaysia) yang banyak pantang larang sehingga kadang terlalu menyusahkan.

Dan saya masih tertanya-tanya,apa yang membuatkan Turki seperti hari ini?

Menjaga agama?
Banyak membaca?
Menjaga kebersihan?

Semua macam tak.

Tinggal satu,mereka sayangkan binatang.Mungkin juga kucing,anjing,burung dan laut yang berzikir mendoakan Turki.Mungkin.Tapi susahlah nak percaya.

Orang kata Erdogan je yang bijak,orang-orang dia biasa je.Boleh ea cenggitu?Saya kuat percaya yang rakyat mesti dulu kuat,baru boleh mendapatkan pemimpin yang hebat.Hairan,atau mungkin memang begitu,saya sahaja yang rabun.

Satu yang tak best.Orang luar tak boleh masuk universiti dia.Sedih.Nak juga tahu library diorang macam mana.

Dapat 2 buku best :D
Time's Legacy
A Thousand Splendid Suns

Bahaya bila dapat buku best.Boleh masuk dalam buku tak keluar-keluar.

Dalam banyak-banyak trip,yang ini paling best,epic dan rare.20 hari,macam-macam ada.Akhirnya hati saya berjumpa sesuatu di sana,walau pada hakikat sebenarnya saya tidak tahu pun apa benda yang 'dia' jumpa.But,i feel really contented.

Mungkin saya memang suka sebuah perjalanan yang jarang dilalu orang.Sebuah 'the road not taken',untuk rasa puas.Ianya nyata payah dan memerlukan kesabaran,tapi di hujungnya ada rehat yang indah.Mungkin juga sebenarnya selama ni saya tak suka perjalanan yang punya had masa tertentu,diatur orang seperti seorang princess,rasa lemas dan terpenjara,tidak dapat merayau lama.

Alhamdulillah atas semuanya.
Tripmates yang saling melengkapi dalam lebih dan kurangnya.Memang dunia ini Tuhan jadikan seseorang itu tidak sempurna,maka yang di sekelilingnyalah yang akan menyempurnakan ia.

I did lost something in this trip.Keychain kucing yang selalu teman ke mana-mana.


Selimeye Mosque,Edirne

laut belakang apartment,lepas subuh

corba(sup) ikan dengan midye(stuffed mussels)

Masjid Aleddin,Konya,masjid zaman seljuk

Iskender.Makanan paling best kat Turki,for me.

Tengah duduk tunggu seseorang yang missing in action,this pakcik nak belanja cay.Mulanya saya tolak bcoz I do hate strangers.But,melihat kesungguhan beliau,relakan je lah.Freee.Yes yes ni depan Istanbul University.

agv-ing Cappadocia

Mehmet Fetih the Conqueror tomb.29may2013

Osman Gazi tomb,Atok Turki Uthmaniyah.Bursa kalau tak silap

Kedai-kedai dekat sini semuanya mesra kucing.Ni dekat kedai ni,boleh kucing ni lepak tidur atas barang jual 

Selamba mak kucing ni tinggalkan anak-anak dia tidur tengah jalan =D adoi so cute!
Taksim.Semoga Erdogan dan rakyatnya jumpa jalan keluar.

Cantek.

Mevlana.Dervish,Konya

Bye Turkey.Ada masa,ketemu lagi.InsyaAllah.

*sampai Jordan terus rasa nak demam.terkejut dengan arab agaknya selepas 20 hari berturkian haha.arab oh arab.rindu turki.

4 comments:

Anonymous said...

pergh Turki, bilalah nak boleh pergi.

aku terbaca ulasan 'the road not taken', dari sisi lain. cuba cari

-sadis

tepianmuara said...

A Thousand Splendid Suns?

haha. selamat nangis.

bawahbumi said...

ouh.ok baiklah,persediaan mental.

bawahbumi said...

Lah.komen ni masuk spam.tak cek pulak.

Nak link.Eh ke kat mana nk cari benda tu?