Wednesday, June 05, 2013

hasrat

menerima juga perlukan seni.yang datang terselit di celah celah ruang masa kita,cantum warna tujuh lapis pelangi.bukan sekadar tujuh,tapi gandaan tujuh.pertanyaan seperti apa yang kau cari dalam perjalanan kali ni,seperti selalu kaku lidah untuk menjawab.sedang dalam masa yang sama hati telah berjela jela mengarang hasrat dan niat.

ada orang,hidupnya penuh dengan cita cita.
ada orang,hidupnya penuh dengan cinta.
saya kekal malas membentangkan hasrat.cukuplah tahu bahawa saya sedang mencari apa yang Tuhan mahu beri,boleh kan?

tinggal seminggu baki perjalanan.
langit dihiasi ratusan menara masjid.
mengukir sejuta doa dan harapan.
mungkin di kala Tuhan mengkabulkannya,masa itu saya sudahpun lupa semua yang pernah dikarangkan.ya,manusia memang mudah lupa,bukan melayu saja.tapi Tuhan tak pernah.

setakat ni,yang menduduki carta hati:
1.edirne
2.konya
3.aleppo

masjid paling best masjid aleddin,konya.bunyi lantai dia kruk kruk macam bunyi lantai papan kat rumah opah.tiang tiang dia banyak yang kena guna besi pemeluk,mungkin dah tak kuat sangat masjid zaman seljuk,tua tapi tak tahu kenapa suka.

jurnal hanya sempat tulis hari pertama.hangat hangat tahi ayam.mahu kemaskini otak balik.oke bye.salam alaykom :)

4 comments:

tepianmuara said...

'pertanyaan seperti apa yang kau cari dalam perjalanan kali ni,seperti selalu kaku lidah untuk menjawab.sedang dalam masa yang sama hati telah berjela jela mengarang hasrat dan niat.'

ha

bawahbumi said...

Okkkay thats 'ha' sounds mystery

tepianmuara said...

oh, ok2.

versi panjangnya,

'haaa, that's it. suka ayat ni, dan kadang2 ada rasa yang serupa setelah dihadapkan dengan soalan begini.

niat atas hati, tulisan atas kertas, kata atas lidah memang boleh (dan selalu) terlebih dan terkurang, ada dan hilang.'

tapi malas nak tulis, jadi ringkasannya, 'ha'.

begitulah.

bawahbumi said...

itulah,
menterjemah kemahuan hati,lidah pun bingung tak jumpa bahasa.kalau dipaksa juga,lain lah yang keluar,lari maksud lari segala.