Thursday, October 17, 2013

Hari Lahir; tentang sisa umur.



Umur baru 22 tahun sebulan.Belum sampai separuh abad lagi,belum putih lagi kepala tapi telah berasa sesuatu yang aneh bila tiba hari istimewa.Bukan lagi gembira,bukan juga kecewa,bukan sedih,tapi aneh.Aneh bila disambut,diadakan makan-makan,diadakan kek,diberi ucapan.

Entah,mungkin jauh di sudut hati,saya mengharapkan setiap kali tiba hari lahir,seluruh dosa-dosa dapat luruh.Saya berharap,ada malaikat datang mengganti hati ini dengan yang baru atau sekurangnya datang membilas hati agar kembali putih.Berharap saya tidak lagi menjadi saya yang dulu.

Orang lain mendengar 'Selamat Hari Lahir' sebagai selamat hari lahir.
Saya mendengarnya umpama amaran.
Ingatan.Cukup sinis di telinga.
Nombor-nombor berulang,meningkat dan singkat.

Yang tinggal setiap kali,
selepas sambutan hari jadi,
adalah sisa umur.
Berapalah yang sedang berbaki?

Betapa saya harap,tradisi makan kek dapat diubah kepada solat hajat dan bacaan yassin.
Doa.Doa yang tulus itulah yang saya perlukan,dari kek yang masuk perut hujungnya semua tahu ke mana. 

...

I think I miss my fam.Maybe.
I wish I am still one of those juniors.

Eid?
Pulanglah.

In my life,In my heart,In my soul,In my dream
...



3 comments:

tepianmuara said...

'Nombor-nombor berulang,meningkat dan singkat.'

ha.

Aeman said...

lepas ni kena wish "jangan lupa ingat mati" fuuhh

bawahbumi said...

@anon

:o

@tepianmuara

feeling like kena ejek dengan nombor.meningkat,tapi makin singkat.

@aeman

hmm.boleh jugak,tambah belakang lagu SHJ.elok rimanya.