Friday, November 08, 2013
Jauh di sudut hati.
Setiap kita ada cerita,
samada dipamerkan,
disorokkan separuh
disembunyikan semua,ya terpulang
Tapi pasti,paling paling
ada satu dua rasa seperti;
jauh di sudut hati...aku begini begitu sekian sekian
sisi lain yang ditinggal tanpa mahu dibicarakan
Seperti bulan
Menjunjung perintah Tuhan
Tidak selamanya mengambang
gemilang,
Bila ia sabit tajam,
lebih separuh wajah disembunyikan
Dan ia kekal cantik begitu
dengan segala ketidakcukupan.
Purnama
Sabit
Separuh
Gerhananya jiwa
Adalah sebuah perjalanan ketundukan
Pada Tuhan.
Kerana manusia dan bulan
padanya sebuah persamaan;
makhluk.
Jika iman adalah perasaan,
maka dalam fasa mana pun kedudukan kita,
yang Tuhan mahu tahu adalah
bagaimana hati menyantuni semuanya;
bukan gelap bukan terang yang menjadi perkiraan.
Peliharalah perasaan dan bisik-bisik halus,
darinya banyak kerosakan.
...
Apa agaknya difikir bulan,
Andai ia juga sebenarnya memerhati manusia bumi dari atas sana
seperti manusia yang sering sering mendongak memenung bulan ?
:) Mungkinkah bulan tahu
purnama,sabit,separuh,gerhana hati aku?
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
rasa kena pula dengan jiwa
Post a Comment