Thursday, September 25, 2014
Sukarelawan; Populis vs Underground
Baru kejap tadi, saya mengikuti adik ke AGM kelab sukarelawan. Saya pada mulanya agak malas mahu duduk berlama di sana, lebih-lebih lagi bila A-G-M yang tentu-tentunya melantik membubar ahlijawatan kuasa dan aturcara-aturcara klise seterusnya. Ok, itu persepsi awal sebelum saya mendengar ucapan presidennya.
Saya pun tak ingat siapa namanya tapi saya nampak melalui kata-katanya ada semacam nilai idealism yang cuba dibentangkan, yang selari dengan apa yang selama ini saya runsingkan. Tentang populis; jangka pendek jangka panjang.
Kerisauan-kerisauan beliau terhadap gaya sukarelawan yang iya, membantu homeless, anak yatim, rumah orang tua, atau apa sahaja, tapi cuma sekadar sekejap itu, mungkin meluangkan masa 3 4 jam menghulur sumbangan apa yang patut, selfie, letak di instagram dan habis begitu sahaja. Walaupun memang tidak ada salahnya, dan beliau juga tidak bermaksud untuk mengkritik. Cuma, beliau mahu membawa kelab yang beliau pegang ini, lebih dari sekadar itu. Mengambil kira jangka masa panjang yang memangnya memerlukan nafas panjang. Kerapkali juga dia menggunakan perkataan-perkataan populis untuk melabelkan program-program berunsur mega yang hampir hanya untuk publisti, dan beliau tegaskan program populis hanya akan dijalankan sekali atau dua kali setahun. Bukan selalu.
Beliau mahu fokus kepada jangka masa panjang anak yatim, anak istimewa, homeless, rumah kebajikan; iaitu pendidikan! Oh- dan saya tahu, itu suatu kerja yang sangat berat dan memerlukan keikhlasan. Betapa saya kagum juga seketika, masih ada yang bersih matanya mampu melihat lebih jauh bukan sekadar kebiasaan orang.
Ada benarnya, tapi juga tak ada salahnya menggunakan jalan populis. Dua-dua juga berisiko tinggi, ah sama sahaja. Kita sendiri akhirnya akan bertanya kepada diri kita sendiri satu hari nanti, apakah antara dua jalan ini, mana yang lebih rasa nyaman, dan paling penting yang manakah antara keduanya membuatkan hati kita tenteram saat kita bertemu Tuhan.
Ada banyak perkara yang saya belajar kadang-kadang lebih banyak dari luar, berbanding terpenjara dan hanyut terbawa arus orang ramai, nama, status, atau apa saja yang mengkhayalkan dalam 'semangat' tanpa nilai. Entahkan sebab semakin tua, saya jadi tak keruan bila memegang buku cerita cinta, mata pula cepat nanar menonton filem cinta, tidak boleh berlama. Sekejap-sekejap bila rasa penat, bolehlah 10 minit lepas tu rasa geram, letak buku tutup tv. Mual dan sudah bosan dengan konflik yang dibawakan langsung tidak masuk ke dalam otak.
Pasti, banyak faktor mengapa kebanyakan manusia mengambil jalan begitu atau begini. Masing-masing punya kelebihan. Tidak langsung mengetepikan; bahawa semua punya peranan masing-masing. Jadi, terpulang, tidak perlu berasa bangga walau jalan manapun yang diambil; baik populis atau underground. Populis boleh berasa 'riak', underground juga boleh berasa 'lebih suci', sukar bukan menjaga sebuah yang namanya hati? Hohoy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment