Monday, September 01, 2014
Wake me up when September ends.
Ianya terlalu kelakar, aneh, sedih dalam sengih air mata bila adaa seseorang di hujung dunia lain telah menulis tentang apa yang kita rasa. Pada ruang masa yang sama. Betul-betul apa yang sedang berputar dalam benak kepala. Nyata, yang kita fikir hanya kita sahaja yang rasa adalah tidak benar. Mungkin ada berpuluh, beribu malah berjuta manusia yang mungkin sedang berputar akalnya di angkasa lepas tentang hal yang sama.
Pelik, tapi itulah yang terjadi.
Fasa-fasa lagging transaksi alam remaja-dewasa. Semakin dibiarkan larut dalam perasaan, semakin teracun mati. Semakin difikirkan semakin kusut bersimpul. Keputusan-keputusan yang perlu dibuat dan tiba-tiba jatuh bergelimpangan seperti tahi bintang meledakkan urat otak. Terkejut seluruh urat tubuh, anak mata seakan dilate, membeku di situ membiarkan soalan tidak berjawab; walau ya walau tidak, tiada satu butir yang keluar. Kerana satu soalan bukan cuma sekadar satu soalan. Ada beberapa perasaan yang perlu ditimbang timbang.
I am struggling. All of us are struggling. To find a balance between what we believe and what others believe especially the beloved ones. How can you make a decision which will probably hurts their heart. Second, to think of your own heart. Is it okay to choose to be in pain just to satisfy others?
Saya rasa ianya sesuatu yang normal. Dan saya yakin, semua ini akan berlalu juga. Dan, kalau tidak ditulis semua ini, pasti ini juga akan lenyap ditelan denting waktu. Saya tidak mahu ia berlalu begitu saja. Ya, saya seorang perempuan yang terlalu cepat melupakan pahit (manis pun iye juga). Kalau tidak ditulis.
Memang betul, untuk menghadapi semua yang baru baru aneh aneh ini, bukan dengan mudah mudahnya. Buktinya? Terlahirnya entry ini :)
Issokkaaayy,
make your heart a home.
Return when it is chaos outside.
Welcome autumns!
Where heart(leaves) has always been falling
without fail each year.
Hey bumi, boleh slow sikit tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment