Dan tiadalah ilmu itu padanya yang cuma mahu berehat termenung sepanjang hidup.
Bukalah kitab, menadah dari sumber yang berakar,
wahai!
Sekarang, kita kena upgradekan sikit tahap.
Suka membaca itu sudah dikira baik, alhamdulillah. Tak kisahlah walau dari sumber sekunder.
Cuma, kalau sampai 20 tahun masih bermain-main di sekitar sekunder juga, parah.
Maka berpesan Ustazah dalam satu kelas,
'Tidak akan dikenakan hukuman baginya orang yang selalu dalam fatrah belajar, seperti seorang yang sedang belajar memandu. Andai dia dilanggar kereta lain, tidak dia bersalah. Andai dia melanggar, tidak juga bersalah. Begitulah kita, andai selalu dalam keadaan menuntut ilmu agama, lebih mudah diampunkan andai terhukum oleh Tuhan. Manakala bagi yang tidak mahu belajar, segala kesilapan adalah terlalu berat, samaada ketika itu dia melanggar atau dilanggar'
Masa-masa menganggur adalah masa-masa berharga.
Tak dikejar masa, tak dikejar dunia, tak dikejar manusia, tak dikejar harta.
I can leisurely enjoy opening books and enjoy the depth.
*blup-blup-blup*
No comments:
Post a Comment