Friday, October 10, 2014

Kesilapanku, Keegoanmu.







Sekarang jadi buruh petik memetik. Kira macam tak ada la menganggur sangat. Gaji dia, ikan tombok masak lemak belimbing buluh, kerabu selom-ulam raja, air roselle. Peh! dan jimat bukan. Organik pula tu. Tanpa racun kimia. Kalau bela ikan ni, langsung semua dapat keliling rumah je. Nasib tak, kena juga pergi pasar.

Selalu terfikir, indahnya hidup orang-orang dulu. Mak cerita, dulu lepas sarapan, opah mesti ajak pergi basuh kain dekat sungai. Aloh, sungai belakang rumah aje. Gosok-gosok baju atas batu sungai. Lagi bersih, dan tak sakit pun bahu kalau nak banding dengan berus plastik. Bilas guna air sungai sekali je, dah mutlak mengalir buat apa bilas banyak kali. Basuh baju sambil-sambil main air pun rasa macam sekejap. Dalam perjalanan balik, petik-petik sayur dengan ulam, buat masak tengahari. Alangkah! Lebih rasa nikmat tahu kalau sambil buat kerja sambil main dengan alam.

Entah nak rasa apa dengan kilang yang banyak didirikan di atas tanah-tanah, Keindahan semakin hilang. Sungai menjadi air bertakung yang menggelikan. Sebetulnya sifat sungainya sudah tiada, adalah lebih baik dipanggil kolam sahaja. Atau longkang besar. Tsk.

Mahu kembali ke zaman lampau?
Idealis betul kau ni. Kaka.

Jadi, setelah menyemai kilang, kita mendapati manusia semakin sakit. Dalaman atau luaran keduanya. Kanser, sakit jantung, kencing manis, sudah terlalu biasa. Jika diperdengarkan, tidak langsung terkejut. Kerana kesilapan kita adalah kesilapan kita terhadap alam. Alam juga semakin tenat. Dan, kitaran itu tidak akan berhenti. Yang kita harapkan adalah kemajuan?

Sudahlah manusia, bila mahu insaf.

Mari kuundur waktu,
Mari kunyanyikan lagu-lagu
Buat mengubat rindu.

Saya tidak perlukan BR1M, saya cuma mahu Perdana Menteri pandai mengurus kewangan. Saya bukan budak-budak untuk diberikan saguhati cekelat getah. Walaubagaimanapun, saya tidak akan menolak. Keke, perlu dan mahu adalah dua yang berbeza.


No comments: