Ada sesuatu yang tidak kena. Betul, memang ada sesuatu. Bukan yang dibuat buat fikir seperti selalu. Sedari tadi tanpa sedar dia mengetap bibirnya yang kering lama. Matanya membulat merenung teks yang berjela di hadapannya. Tidak berkedip tidak berhembus.
"Aishah, you weird" Ain memandangnya aneh. Sudahlah lecture notesnya tidak bergerak dari tadi, German Milkshake kegemarannya juga sudah tidak shake lagi, sudah cair! Apa yang tidak kena?
"Bencilah cons!" Percubaan menipu pertama.
Ain diam. Senyum nakalnya terbit. Matanya menghujam ke bawah, melirik serangkap tulisan di hujung helaian lecture notes Aishah. Tanggannya pantas mahu menarik.
Aishah berkeras. Lecture notes hampir terputus dua.
"Ha itu balasan dekat dunia untuk orang menipu. Dekat akhirat tak tahu la" Ain mengusiknya. Merah padam muka Aishah. Tahan malu atau tahan marah, itu belum tahu. Tapi rasanya tahan malu sebab..
Aishah menggosok- gosok kertas yang sudah konyok. Berlagak seperti biasa.
"Ni German kau ni, bilanya nak minum. Baliklah nak? Jom, daripada termenung macam ni.
Aishah mengangguk perlahan. Tiba di bulatan, dia berhentikan langkah. Dengan bahasa badan dan muka tersenyum, Aishah menyuruh Ain pulang dahulu. Dia mahu ke masjid sebentar. Ain faham, tanpa banyak soal dia pun melambai Aishah kembali.
Anehnya perasaan ini. Mungkin sahaja kerana cuaca hatinya yang terlalu mendung menyebabkan dia rasa diraikan apabila kaki melangkah masuk. Salam diberikan. Tidak ramai penghuni. Air matanya sudah mula bertakung.
Takdir apakah ini. Dia tidak tahu apa yang sebetulnya terjadi, dia cuma tahu apa yang dirasa hatinya. Rasanya dia telah berbuat satu kesalahan yang besar! Sangat besar sehingga dia tertanya-tanya sendiri, ke mana harus hatinya pergi. Rasanya sangat canggung, tidak biasa, dan semuanya seolah salah tingkah. Lalu, hatinya memilih ke sini.
Mungkin salah sendiri yang terlalu banyak berfikir tapi zikirnya entah ke mana. Ya, hatinya sudah memuja entah siapa siapa. Dalam hatinya telah ada Tuhan yang lain. Kalau Tuhan hanya lima kali sehari diingat dipuja, tapi yang itu beratus kali 24 jam kau sisipkan ingatan dan rindu, maka yang mana satunya Tuhan?
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya entah kali yang keberapa. Seorang nenek tua menghampiri dia dalam diam.
"Habebtyy, lesy"
Aishah terkejut betul. Mendadak dia menjatuhkan tubuhnya ke dalam pelukan nenek itu. Cuba mencari perlindungan buat sementara, rasanya itu lah tempat yang paling selamat, yang paling tenang. Sepuluh minit begitu, nenek itu cuba merangkul tubuh kecilnya dan membangunkan Aishah, lalu mengelap pipi basahnya.
Selepas menghulur segelas air sejuk, nenek itu mengalunkan surat Maryam. Ya, surat yang mengandungi kekuatan seorang perempuan. Dalam hati dia mengalunkannya bersama sama. Dia hafal betul surat Maryam, surat kesukaan dia dari Tuhan!
"Alhamdulillah. Taqabbalallah" Dia tersenyum memandang, saya terkejut lagi. Dia tahu saya membacanya bersama dia tadi rupanya. Taqabbalallah itu, mudah mudahan amal kita diterima.
Saya tersenyum dan membalasnya kembali. Minna wa minkum. Nenek itu lalu meminta diri untuk beredar dan meninggalkan saya dengan sebuah nasihat sangat ringkas. Bangun, solat sunat taubat.
Ya, hanya itu. Hanya itu. Hanya itu lah mungkin yang saya perlu!
***
"Aishah!" Ops, tengah solat rupanya. Ain meloncat atas katil, dengan sabar menanti Aishah habis. Sekejap sekejap dia berpaling, Aishah ni, lama betul dia sujud. Solat hajat kot.
"Lamanya solat hajat mintak salji keee?" Ain ni ada sahaja mulutnya! Tapi Ain ni lah penyeri hidup dia di tempat orang, tanpa Ain entahlah apa jadi dia. Jadi kulat di dinding lah agaknya, menempel je.
"Haaah, nak suruh exam tangguh!" Ringan rasanya. Hajat memang beribu, tapi dosa yang berjuta ni mesti dihapuskan dulu! Jeleknya, kalau aku lah Tuhan, mesti pandang sebelah mata je bebudak yang solat hajat, tapi tak pernah solat taubat! Mintak pandai, mintak ampun tak pandai! Ah, tapi mujur Tuhan adalah Tuhan. Memberi rezeki tak kira siapapun. Eh, astaghfirullah peliknya fikir!
"Aishah, ni, apa maksud dia ni hee tak paham lah arab ni ayat dia"
"Eh Ain, exam betullah tangguh!!! Ni tengok ni Sallleh post"
"Gilalahhh, jom tidurrrr!!! Cepat cepat tarik hirom"
"Yuhuu! Makbul jugak"
"Makbul makbul jugak, kau hutang satu cerita German milkshake okayyh"
Dalam hati dia membalas; ye lah Ain. Lima tahun lagi aku cerita, sekarang tak boleh. Terlalu sulit san konfidensial. Hah!
No comments:
Post a Comment